Followers

Thursday, April 30, 2015

Sandiwara PR di Permatang Pauh FMT Reporters

 
berlakon je

Watak utama drama ialah PKR dan Pas manakala DAP sebagai abang besar yang tidak mahu bersuara kerana takut sokongan kepada PKR terjejas.

PETALING JAYA: Kontroversi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Permatang Pauh didakwa hanya lakonan semata-mata untuk meraih perhatian pengundi.

Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafli.

Dia melabelkan DAP sebagai ‘abang besar’ dalam drama itu mengikut istilah dunia gangster manakala PKR dan Pas pemegang watak utama.


Mohd Razlan berkata, tindakan pusingan U yang dibuat Pemuda Pas Pulau Pinang sudah dijangka kerana perbalahan itu hanyalah ‘drama’.

“Kalau kita tengok kejap nak buat pertahan hudud, kejap tidak, bila didesak DAP, u-turn balik, ini semua drama Pemuda Pas semasa di Permatang Pauh, sebab tak ada isu lain nak main.

“Pas mahu dapatkan publisiti murahan untuk lihat mereka ini wujud di Permatang Pauh, kalau tak buat isu macam ini, tidak akan dapat liputan dan tak nampak Pemuda Pas wujud, yang pasti Pas itu sendiri gunakan agama untuk didramakan,” katanya seperti dilaporkan bnbbc.com.

Mohd Razlan berkata, walaupun DAP abang besar tetapi tidak boleh bersuara kerana bimbang sokongan kepada PKR terjejas.

“DAP tak boleh bersuara sebab takut pengundi di Permatang Pauh tidak akan mengundi PKR. Pas pula kena bersuara kononnya sudah perjuangkan tetapi kena pentingkan Pilihan Raya Kecil (PRK). PKR pula kata kita ikut persetujuan PR,” katanya lagi.

Dia mengingatkan pengundi supaya tidak mudah dipermainkan oleh PR yang mempergunakan agama untuk meraih sokongan.

“Pengundi Permatang Pauh jangan lagi dipermainkan oleh mereka atas dasar pergunakan agama, kenapa nak tarik balik benda yang mereka ludah? Fikir itu pun sudah memadai tentang Pas ini parti macam mana sebenarnya.” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.