Followers
Saturday, April 4, 2015
Regu Dr M-Ku Li muncul untuk kembalikan 'negara' yang hilang
KOMEN: Tujuan mereka adalah untuk memulihkan ekonomi yang merudum dan keadaan negara yang terumbang-ambing kepada haluan yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.
Satu regu dalam Umno dan politik Malaysia telah muncul – antara bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad dan tokoh yang dahulu pernah mencabarnya, Tengku Razaleigh Hamzah.
Objektif jelas regu ini bukan sekadar menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan Mahathir sebagai terlalu lembap, malah mungkin sebagai penjenayah, dan akan menyebabkan Umno BN kalah dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-14. Malah untuk memulihkan, di bawah kepimpinan Tengku Razaleigh, ekonomi yang merosot dan keadaan negara yang seperti tiada nakhoda.
Pada 2 April, sebaik selepas serangan paling tajam Mahathir terhadap Najib, kerabat diraja Kelantan itu menunjukkan sokongannya, dalam satu kenyataan yang dibuat kepada media di lobi Parlimen.
Kombinasi serangan Mahathir dan Razaleigh terhadap Najib memberi petunjuk kepada orang ramai bahawa – ironi untuk Najib, memandangkan beliau adalah anak sulung Tun Razak – pemimpin muda yang muncul di era Razak selepas 13 Mei 1969 kini bergabung untuk memberi kesan kepada haluan Umno dan negara.
Mahathir adalah ahli kanan dalam lingkungan itu, manakala Tengku Razaleigh atau nama timangannya “Ku Li”, adalah ahli yang lebih muda.
Kedua-dua pelaksana perubahan ekonomi dan politik yang dicetuskan Razak selepas insiden trauma 13 Mei itu bertembung pada 1987, dalam pertembungan merebut jawatan presiden Umno dan kawalan terhadap parti itu.
Ku Li kalah tipis dalam pertandingan itu.
Satu ironi membingungkan dalam keadaan semasa, apabila peralihan sokongan saat akhir oleh Najib, selaku bakal ketua pemuda Umno, daripada Ku Li kepada Mahathir yang membolehkan Mahathir mengekalkan kedudukannya.
Kini Mahathir mahu Najib keluar daripada bilik nakhoda bagi parti dan negara.
Satu-satunya serangan terbaru Mahathir terhadap Najib adalah berhubung siapa yang memberi arahan membunuh Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh kejam di Shah Alam pada Oktober 2006.
Najib tidak disyaki terlibat dalam pembunuhan itu, namun beliau disyaki terlibat dalam usaha menutup kes itu.
Aspek lain serangan Mahathir adalah hujah sama, betapa Najib secara terlampau salah menguruskan ekonomi, terutama berkaitan badan pelaburan 1MDB yang kini menanggung hutang setinggi RM42 bilion, dan juga tindakan Najib yang terlalu menarik sokonga masyarakat Cina dan mengabaikan orang Melayu.
Walaupun dua polis itu disabitkan bersalah kerana membunuh Altantuya, motif tindakan mereka tidak diketahui. Ia adalah “twist” yang membuatkan orang tertanya-tanya, memandangkan pembunuhan biasanya mempunyai motif, dan pembunuhan paling kejam tidak pernah kekurangannya.
Sejak PRU 2008, Ku Li telah menyuarakan kritikan terhadap keadaan politik dan ekonomi negara, dalam ucapannya di hadapan hadirin yang terpilih.
Secara keseluruhannya, ucapan-ucapan itu bersamaan dengan pendakwaan terhadapa keadaan hari ini, serta rayuan untuk mengembalikan warisan yang hilang.
Kedua-dua Mahathir dan Ku Li mungkin berbeza berhubung perincian warisan ini, tetapi bukan tentang tokoh yang bertanggungjawab mewariskannya: Abdul Razak Hussein yang menurut penerus legasinya mengimpikan sebuah negara yang bersatu, setara dan makmur untuk semua menumpahkan taat setia kepadanya.
- Semut Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.