Followers

Monday, April 6, 2015

Pota hina keluhuran undang-undang, kata Majlis Peguam

Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru berkata rang undang-undang berkenaan memalukan kerana mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959 dan Ordinan Darurat 1969 yang sebelum ini dimansuhkan pada 2011 dan 2012. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 April, 2015.Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru berkata rang undang-undang berkenaan memalukan kerana mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959 dan Ordinan Darurat 1969 yang sebelum ini dimansuhkan pada 2011 dan 2012

Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru berkata rang undang-undang berkenaan memalukan kerana mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959 dan Ordinan Darurat 1969 yang sebelum ini dimansuhkan pada 2011 dan 2012

Majlis Peguam mengecam penahanan tanpa bicara dan melihat Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 sebagai undang-undang menindas dan menghina keluhuran undang-undang.

Presidennya, Steven Thiru berkata rang undang-undang berkenaan memalukan kerana mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959 dan Ordinan Darurat 1969 yang sebelum ini dimansuhkan pada 2011 dan 2012.

"Lebih-lebih lagi sasaran Program Transformasi Kerajaan yang disebut-sebut sebelum ini untuk memansuhkan undang-undang lama dan kuno tidak tercapai kerana Pota yang seperti Akta Pencegahan Jenayah (Poca) membenarkan tahanan tanpa bicara dan kediaman terhad atau buang negeri.

"Pota yang kononnya ditujukan kepada mereka yang 'terlibat dalam gerakan atau menyokong tindakan keganasan melibatkan senarai organisasi pengganas di negara luar'. Namun oleh kerana perkataan seperti 'terlibat', 'gerakan', 'menyokong' dan 'terlibat' tidak didefinisikan dalam Pota, peruntukan undang-undang menjadi luas dan boleh disalah guna.

"Ia terbuka kepada kemungkinan hampir setiap orang boleh disasarkan dalam Pota. Kita sudah melihat bagaimana ISA yang bertujuan untuk menangani komunis digunakan untuk menyekat perbezaan pandangan politik dan memnjarakan politik pihak lawan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Majlis Peguam menggesa Putrajaya menarik balik Pota yang akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua esok dan mengembalikan undang-undang berdasarkan keluhuran Perlembagaan dan prinsip keadilan.

Katanya, Pota juga memberi kuasa drakonian kepada pegawai inkuiri yang ditugaskan menyiasat tertuduh dan membawa bukti kepada Lembaga Pencegahan Keganasan (POTB).

“Tiada peruntukan kepada POTB untuk menyiasat laporan pegawai atau menggesa siasatan lanjut.

“Tertuduh juga tidak mendapat wakil sah sebelum POTB yang memberi kuasa berlebihan termasuk arahan menahan sehingga dua tahun atau arahan kediaman terhad sehingga lima tahun.”

Steven turut membangkitkan tiada semakan kehakiman arahan tahanan yang mungkin di bawah Pota merupakan aspek yang berlawanan dengan perundangan.

“Ini melanggar skim Perlembagaan kita yang memberikan kuasa semakan kehakiman selain bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan dan perlindungan di bawah undang-undang."

Katanya, dengan meluluskan Pota, Malaysia melanggar komitmen dalam Resolusi Majlis Keselamatan 2718 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diluluskan sebulat suara pada September 2014.

Resolusi itu menyatakan sebarang bentuk membanteras keganasan mesti mematuhi undang-undang antarabangsa seperti hak asasi manusia, undang-undang pelarian antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

"Tidak dapat diterima Malaysia sebagai bukan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB mengambil pendekatan bercanggah dengan pertubuhan itu.

"Majlis Peguam kekal membantah penahanan tanpa bicara. Kami melihat Pota langkah mundur," katanya sambil menggesa Putrajaya menarik balik rang undang-undang itu. – 5 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.