Followers

Monday, April 13, 2015

Pindaan KWAP undang salah urus dana, kata Rafizi OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli meluahkan kekecewaannya terhadap maklum balas pengurusan tertinggi Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) terhadap cadangan pindaan menggugurkan wakil Bank Negara daripada panel pelaburan dana itu.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli meluahkan kekecewaannya terhadap maklum balas pengurusan tertinggi Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) terhadap cadangan pindaan menggugurkan wakil Bank Negara daripada panel pelaburan dana itu.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) berpendapat pindaan mahu dilakukan ke atas dana Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) akan menjejaskan pemantauan ke atas pengurusan dana itu, yang seharusnya membantu membayar pencen penjawat awam bersara.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli meluahkan kekecewaannya terhadap maklum balas pengurusan tertinggi dana pencen kakitangan awam itu terhadap cadangan pindaan untuk menggugurkan wakil Bank Negara daripada panel pelaburan dana itu.

Menurutnya, ia menimbulkan persoalan tentang keseriusan mereka dalam mencegah tercetusnya skandal kewangan dalam KWAP.

"Maklum balas beliau terhadap kerisauan kami bersifat mekanikal dan ia langsung gagal mengambil kira realiti dan sentimen kebolehpercayaan yang merupakan teras dalam operasi sebarang dana.

"Sebab utama kami mahu wakil Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil bahagian membuat keputusan melibatkan dana itu kerana BNM adalah antara salah satu badan pemantau negara ini yang masih berkredibiliti," kata Rafizi kepada The Malaysian Insider.

Menurutnya, kerisauan itu perlu diambil berat lebih-lebih lagi sewaktu KWAP dilihat terpalit kecelaruan apabila meminjamkan sejumlah RM4 bilion kepada bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.

"Kita mahu berasa selamat yang satu pemantau sentiasa mengawasi panel pelaburan."

Pengguguran wakil BNM daripada panel pelaburan KWAP adalah satu daripada pindaan yang dicadangkan kerajaan terhadap Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007.

StarBizWeek melaporkan yang perubahan-perubahan lain akan membolehkan KWAP melabur dalam rangkaian produk dan instrumen kewangan yang lebih meluas.

Pada masa sama, ia akan menukar KWAP kepada dana pencen penuh seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, lapor sisipan itu.

Pindaan-pindaan ini akan dibahaskan di Parlimen dalam mesyuarat kedua Mei depan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Wan Kamaruzaman Wan Ahmad mendakwa BNM sendiri memohon pengguguran wakilnya dilakukan demi mengelak konflik kepentingan.

"Kami berbincang dengan Bank Negara dan ia masuk akal. Jadi, kami masukkan klausa itu.

"Kementerian Kewangan juga bersetuju. Kami tidak menggugurkan wakil BNM sewenang-wenangnya," kata Wan Kamaruzaman dalam wawancara bersama StarBizWeek.

Rafizi bagaimanapun membangkang alasan ini yang menurutnya tidak mengambil kira kekurangan rasa percaya terhadap pengurusan dana awam oleh kerajaan lebih-lebih lagi apabila mengambil kira semua persoalan berkaitan 1MDB pada masa ini.

"Orang ramai tidak percayakan KWAP, Kementerian Kewangan atau Putrajaya lagi. Soal kepercayaan adalah mustahak dalam kes ini.
"Isu konflik kepercayaan ini diringankan dengan kepercayaan orang ramai kepada BNM," kata Rafizi.

Katanya, wakil BNM perlu duduk dalam panel pelaburan itu untuk mencegah dana tersebut daripada diguna atau dipinjam kepada urus niaga atau perusahaan yang meragukan.

Jika pindaan itu tetap diteruskan, BNM akan hanya boleh campur tangan apabila urus niaga yang meragukan dimeterai dan wang lesap.

Rafizi berhasrat membentang pindaan kepada akta itu untuk mewajibkan pelantikan seorang juruaudit luar yang diiktiraf kerajaan ke dalam panel KWAP.

"Jadi kita akan ada wakil BNM dan juruaudit yang berkelayakan. Juruaudit kebiasaannya lebih cermat dalam melaksanakan tanggungjawab fidusiari mereka," katanya.

Pada masa sama langkah ini merupakan satu langkah pencegahan yang akan mengukuhkan unsur pengawasan dalam KWAP dan mengurangkan risiko salah urus.

Menurut Rafizi, keperluan terhadap langkah pencegahan seperti ini jauh mengatasi hujah mengurangkan konflik kepentingan kerana Malaysia mempunyai rekod lampau buruk dalam menangani skandal kewangan.

"Dalam skandal kita, tiada sesiapa dihukum, tiada sesiapa dipertanggungjawabkan dan tiada wang dapat ditemui semula.

"Akhirnya, rakyat yang menanggung bebannya dengan pengenalan cukai-cukai baru," kata Rafizi.

"Berapa lantang kita bersuara sekali pun perkara sebegini tetap berlaku. Maka bukankah wajar kita wujudkan langkah pencegahan?” soal Rafizi.

Misalnya kata Rafizi adalah saga terkini membabitkan 1MDB yang menyaksikan pemantau seperti BNM sekali pun gagal bertindak walaupun masalah demi masalah berjaya dibongkar.

"Apakah kita boleh mengharapkan tindakan diambil apabila sebarang pelaburan yang teruk sebenarnya berkait rapat dengan kepentingan diri? katanya.

Sekurang-kurangnya, kewujudan langkah pencegahan sebegini akan mencegah nasi daripada menjadi bubur, katanya. – 13 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.