Followers

Monday, April 6, 2015

Peniaga Uptown Shah Alam tuntut janji Azmin OLEH JAMILAH KAMARUDIN



Wakil peniaga, Hassan Nuruddin berkata, sehingga hari ini projek bangunan sementara Uptown masih belum siap walaupun kerajaan negeri berjanji untuk menyiapkannya pada Februari selepas tapak mereka musnah dalam kebakaran Oktober tahun lalu, namun ditangguh sehingga Mac dan kemudian Mei ini.

Wakil peniaga, Hassan Nuruddin berkata, sehingga hari ini projek bangunan sementara Uptown masih belum siap walaupun kerajaan negeri berjanji untuk menyiapkannya pada Februari selepas tapak mereka musnah dalam kebakaran Oktober tahun lalu, namun ditangguh sehingga Mac dan kemudian Mei ini. –

Peniaga Uptown Seksyen 24 Shah Alam kecewa dengan pentadbiran Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali kerana masih belum memajukan tapak perniagaan mereka seperti yang dijanjikan sejak enam bulan lalu sehingga menyebabkan kerugian besar.

Wakil peniaga, Hassan Nuruddin berkata, sehingga hari ini projek bangunan sementara Uptown masih belum siap walaupun kerajaan negeri berjanji untuk menyiapkannya pada Februari selepas tapak mereka musnah dalam kebakaran Oktober tahun lalu, namun ditangguh sehingga Mac dan kemudian Mei ini.

"Semasa lawatan, menteri besar membayangkan pembangunan semula boleh disiapkan hanya dalam masa dua bulan dari tarikh kejadian.

"Namun sehingga kini perjalanan projek tersebut amatlah mendukacitakan," katanya ketika ditemui pemberita di Shah Alam, hari ini.

Katanya, masalah semakin teruk apabila peniaga yang terpaksa menumpang sementara di kawasan tapak letak kereta mengalami kerugian besar disebabkan khemah yang mudah rosak dan musnah ketika cuaca hujan ribut.

Hassan yang berniaga jam sejak 9 tahun lalu berkata, mereka juga tidak dibekalkan keperluan elektrik dan hanya bergantung kepada mesin 'generator', selain menanggung kos sewa tapak yang tinggi.

Katanya, masalah itu menyebabkan mereka rugi hampir 50% daripada pendapatan terdahulu kerana hasil keuntungan yang tidak menentu memandangkan jumlah pengunjung tidak lagi ramai seperti sebelumnya.

"Kerisauan peniaga semakin meruncing apabila bulan Ramadan yang semakin hamper tiba kerana bulan puasa diibaratkan seperti musim menuai bagi kami," katanya.

Uptown Shah Alam musnah terbakar pada 15 Oktober tahun lalu, menjejaskan 189 peniaga kedai Blok B dan FB.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan peruntukan pembinaan bangunan sementara RM3.5 juta dan projek bangunan kekal sebanyak RM18 juta.

Namun, Hassan berkata, peniaga kecewa bangunan sementara itu sehingga kini hanyalah satu khemah sementara (marquee tent) tanpa 'partition' dan pemasangan lantai yang masih tergendala.

"Beberapa mesyuarat dengan UPENS (Unit Perancang Ekonomi Negeri) amat mendukacitakan kerana tarikh menyiapkan projek bangunan sementara ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

"Tiada maklumat jelas daripada pihak UPENS dan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) tentang perjalanan dan jadual kerja projek yang diterima peniaga," katanya.

Sehubungan itu, katanya peniaga Uptown merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Azmin esok menggesa kerajaan negeri segera menyiapkan pembinaan khemah sementara untuk keselesaan peniaga.

"Kami amat berbesar hati sekiranya beliau sudi datang sendiri turun padang meninjau tapak projek pembangunan yang boleh dianggap sangat mengecewakan dan diragui ketelusannya.

"Hal ini bertepatan dengan manifesto yang diperjuangkan oleh kepimpinan menteri besar yang mahukan ketelusan dalam pentadbiran," katanya.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa
.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.