Followers

Wednesday, April 22, 2015

Pelajar Malaysia di Asia Barat terima DAP? FMT Reporters

 
Teresa-Kok678_600

Menurut Teresa pelajar Malaysia di Jordan dan Mesir berfikiran terbuka dan tidak bersifat prejudis kepada DAP.

PETALING JAYA: DAP mendakwa kebanyakan para pelajar Malaysia di Jordan dan Mesir berfikiran terbuka dan menyambut baik lawatan barisan tertinggi parti itu ke negara berkenaan minggu lalu.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata reaksi positif itu diberikan ketika mereka mengadakan perjumpaan.
Katanya, hanya segelintir sahaja pelajar di sana yang berfikiran sempit.

“Syukurlah hanya segelintir sahaja pelajar yang mempunyai fikiran perkauman dan prejudis kepada agama lain seperti anggota ISMA. Kebanyakan pelajar di Mesir dan Jordan berfikiran terbuka dan mereka memberi sambutan yang baik,” katanya dalam satu kenyataan dalam laman sosial Facebook miliknya.

Katanya dalam pertemuan yang diadakan parti itu juga mengambil pendekatan terbuka dan sedia menerima sebarang soalan, termasuk kutukan termasuk daripada anggota ISMA.

Malah, Teresa turut memuji tindakan berani pelajar yang memuat naik gambar semasa sesi bersama pemimpin DAP, walaupun parti itu sendiri tidak melakukan perkara sedemikian kerana bimbang dengan tekanan yang akan dihadapi mereka.

“Mereka mungkin sedar bahawa bukan satu apa kesalahan menyertai program bertemu Ahli-Ahli Parlimen DAP,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.