Followers

Friday, April 3, 2015

'Pecah monopoli pasaran telekomunikasi'

Ahmad Maslan Kecewa Dikencing Syarikat TELCO





Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata wajar dipecahkan monopoli dalam pasaran telekomunikasi selepas syarikat telekomunikasi didapati secara kolektif menaikkan harga kad tambah nilai ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Empat syarikat telekomunikasi - Celcom, DiGi, Maxis dan U Mobile - didapati menaikkan harga kad tambah nilai walaupun harganya sepatut kekal dengan GST.

GST bertujuan untuk menggantikan cukai jualan.

Sebaliknya, mereka memasukkan enam peratus cukai jualan yang telah dimansuhkan itu, ke dalam dalam keuntungan mereka dan menggenakan tambahan enam peratus GST.

"Telco 4 ini wajar dipecahkan monopoli mereka agar dengar apa kehendak pengguna," tulis Ahmad dalam twitternya.

Selepas mereka dikesan telah menaikkan harga, syarikat telekomunikasi berkata, mereka akan memberikan enam peratus lebih 'talktime' (masa berbual) untuk caj lebihan itu, tetapi Ahmad berkata ramai minta turunkan harganya.

"Ramai minta turunkan harga top-up kepada harga asal seperti sebelum GST. Bukan tambah lebih 6 peratus airtime/sms," kata Ahmad dalam twitter.

Oleh itu, timbalan menteri itu berkata beliau telah meminta Jabatan Kastam membincangkan lagi tentang keputusan itu.

"Sebelum ada keputusan lain, ramai ingin bukti tambahan airtime itu. Elok Telco survey, pengguna pilih kurang harga atau pilih tambah airtime," tambah Ahmad.

Beliau berkata kira-kira 40 peratus daripada aduan yang diterima pada hari pertama pelaksanaan GST pada 1 April membabitkan kad tambah nilai berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang berkata konsesi masa berbual tambahan itu tidak boleh diterima kerana kerajaan telah berjanji bahawa syarikat telekomunikasi tidak akan dibenarkan untuk mengenakan GST ke atas kad prabayar.

Jika mereka gagal mematuhi, beliau berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan ke atas mereka.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.