Followers

Wednesday, April 15, 2015

PAS Tetap Bertanding Di Rompin !!

A user's photo.Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu tetap akan memberi saingan kepada BN dalam pilihan raya kecil parlimen Rompin sekalipun diberi laluan percuma dalam pilihan raya kecil DUN Chempaka bulan lalu.

Katanya, PAS tidak mempunyai sebab memberi laluan mudah kepada BN sekalipun memujuk PAS supaya tidak bertanding dalam pilihan raya kecil itu demi menjimatkan wang, masa dan tenaga.

"Jika begitu (alasannya), apakah Umno akan memberikan kemenangan percuma kepada PKR di Permatang Pauh atas alasan yang sama?" kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

"Kalau ingin menjimatkan duit, lebih elok menteri besar Pahang menyatakan sokongan kepada (Tun) Dr Mahathir Mohamad dalam mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan kepada isu 1MDB dan pelbagai isu rakyat yang masih tidak dijawab," katanya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang mencadangkan supaya PAS tidak bertanding dalam pilihan raya kecil itu parlimen Rompin bagi menghormati Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan menjimatkan wang, masa dan tenaga kedua-dua parti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.