Jam Dewan Rakyat dihentikan sebelum tengah malam tadi untuk membolehkan
Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan dibahaskan di peringkat
jawatankuasa.
Kerajaan berhasrat untuk melululuskan rang undang-undang tersebut pada maam ini.
Usul untuk menghentikan jam itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Rosnah Shirlin.
Rang undang-undang itu mendapat tentangan keras MP pembangkang yang bimbang dengan kuasa penahanan tanpa bicara dalam peruntukan itu.
Usaha oleh Dr Michael Jeyakumar (PSM-Sungai Siput) untuk merujuk rang undang-undang itu ke jawatankuasa terpilih parlimen dan juga usaha untuk memindanya juga tidak berhasil.
Perbahasan ke atas rang undang-undang itu bermula pada kira-kira tengahari.
Ia dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin minggu lalu.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.