Pertikaian caturan politik Haji Hadi atas kapasiti beliau sebagai pemimpin bukan atas kapasiti beliau sebagai Ulamak..
Dalam islam tiada Ghibah ke atas pemimpin, dalam islam pemimpin boleh
dikritik.. pemimpin bukannya maksum, kalau tak mahu dikritik jgn jadi
pemimpin..
Saidina Umar r.a, Uthman r.a dan Muawiyah r.a antara manusia yg dijamin
syurga oleh Allah juga dikritik oleh hamba rakyat corak politik,
kepimpinan dan amanah mereka terhadap rakyat dan negara..
Apakah Haji Hadi maqamnya lebih tinggi dari para sahabat nabi sehingga
tidak boleh dikritik? Umar, Ustman dan Muawiyah sendiri tidak pernah
berkata mereka yg mengkritik Khalifah akan masuk neraka..
Dalam islam ulamak juga boleh dikritik oleh ilmuan islam yg seangkatan
dgn mereka, sila buka kitab sirah para ulama silam, anak murid imam
syafie juga mengkritik tulisan beliau di dalam beberapa buah kitab..
ijtihad dan fatwa ulama silam juga dibahas oleh ulama yg seangkatan dan
terkemudian berdasarkan Waqi dan perubahan zaman...
Apakah Haji Hadi lebih tinggi ilmunya berbanding Imam Syafie dan para
iman Ahli Sunnah Wal Jamaah sehingga beliau tidak boleh dikritik?
Demi Allah dan Rasul aku tidak akan meletakkan taraf dan Maqam Haji Hadi lebih tinggi dari para sahabat Rasulullah s.a.w
Teuku Zacharyah Iskandar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.