Followers

Thursday, April 9, 2015

Najib tutup mulut, lari dari media ??

Usaha untuk mendapatkan penjelasan PM berhubung kenyataan Tun Dr Mahathir tidak berjaya selepas beliau dikatakan mengelak daripada wartawan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil pendekatan mengelak daripada wartawan yang cuba mendekati beliau untuk mendapat reaksi mengenai isu yang ditimbulkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selepas melancarkan Sesi Cabutan Undi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) pada petang Rabu, Najib hanya berlalu tanpa mengendahkan permintaan wartawan.

Tindakan itu menimbulkan tanda tanya di kalangan pengamal media yang cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada mulutnya sendiri berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri.

Sehari sebelum itu, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur juga dilapor cuba mengelak daripada ditemu bual wartawan. Beliau dilihat kurang bercakap dengan media ataupun berucap secara terbuka selepas kenyataanya mengenai kos dandanan rambut pada setiap sesi yang mencecah RM1,200 dikatakan dimanipulasi pihak tertentu.

Turut mengambil langkah yang serupa Setiausaha Agung UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang enggan member komen terhadap perkara yang sama.

 
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.