Followers

Monday, April 13, 2015

MP gesa Ahmad Maslan ditukar kementerian

 
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan perlu ditukarkan ke kementerian lain serta merta ekoran saranannya terhadap mahahsiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.

Mahasiswa kampus itu mengkritik saranan beliau supaya mereka memasak sendiri daripada makan di luar bagi mengurangkan beban Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana asrama pelajar universiti tidak membenarkan memasak.

"Kita tak perlu orang yang propagandis cemerkap seperti Ahmad Maslan. Beliau sepatutnya ditukar serta merta ke kementerian yang lain.

"Tetapi saya berharap Putrajaya boleh pastikan bahawa beliau tidak akan memalukan kerajaan dalam jawatan barunya kelak," katanya dalam satu kenyataan.

Setelah dipindahkan, Liew berkata sekurang-kurangnya GST boleh dijelaskan sebagai satu isu yang serius dan bukannya "propaganda murah".

Liew turut mendakwa bahawa pemimpin BN dilaporkan menggunakan "politik perkauman yang tidak senonoh" untuk menyokong cukai tersebut.

Bagaimanapun Liew ketika dihubungi Malaysiakini tidak boleh memberi butiran tentang "politik perkauman" itu.

Maksud untuk siswa luar kampus

Semalam Astro Awani melaporkan mahasiswa mengejek Ahmad yang juga MP Pontian ketika seminar berkaitan GST.

Mereka dilapor kecewa dengan Ahmad yang menyarankan supaya mahasiswa memasak makanan mereka sendiri bagi mengelakkan cukai  memandangkan barang mentah tidak dikenakan cukai.

Bagaimanapun, Ahmad dilapor berkata nasihatnya tertakluk kepada mahasiswa yang tinggal di luar kampus sahaja, dan beliau turut menggesa pengendali kedai makan dalam kampus menetapkan harga yang munasabah.

"Saya sudah jelaskan semuanya, kita galakkan untuk mereka masak kalau sewa di luar dan pengusaha cafe tidak patut naikkan harga kerana bahan mentah tidak dikenakan GST, semuanya sudah jelas," katanya seperti dilaporkan oleh Astro Awani.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.