Followers

Wednesday, April 15, 2015

Mana pergi pemimpin Tertinggi Pas Pusat? - FMT

 
mujahid pakatan rakyat

Pimpinan Pas hanya menghantar Ketua Muslimat Pusat ketika PR melancarkan jentera pilihan raya

BUKIT MERTAJAM- Ketidak hadiran pemimpin Pas Pusat  ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) melancarkan jentera parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh menjadi tanda tanya.

Mengulas mengenai persoalan itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi jaminan, ketiadaan pucuk pimpinan parti berkenaan tidak akan menjejaskan sokongan yang diberikan pada pilihan raya pada 7 Mei depan.

“Walaupun Timbalan Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Sabu, tidak dapat hadir, PAS negeri akan memberi 101 peratus sokongan kepada PKR dalam PRK Permatang Pauh,” kata Mujahid.

Menurutnya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak dapat hadir pada majlis tersebut berikutan alasan yang tidak dapat dielakkan.

Dalam pelancaran yang dibuat pada Selasa malam, ia dihadiri semua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, sedangkan Pas hanya diwakili Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Dalam pelancaran berkenaan ia memilih slogan ‘Demi Rakyat, Bantah GST Tegakkan Keadilan’ bagi menghadapi kempen PRK Permatang Pauh.


-BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.