Followers

Thursday, April 9, 2015

Mahathir VS Najib : Sudah Bertemu Tapi Masih ‘Menyerang’?


KUALA LUMPUR: Walaupun dikatakan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah bersemuka secara ‘one-to-one’ bagi menjelaskan pelbagai isu dan kritikan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu terhadap pentadbiran kerajaan namun Mahathir dilihat masih tidak berpuas hati dengan Najib.

Memetik laporan Malaysiakini, Mahathir berkata, beliau hanya mahu agar persoalan berhubung arahan untuk membunuh Altantuya Shaariibuu terjawab.

Katanya, perkara itu perlu dijelaskan kerana timbul banyak syak wasangka dalam kalangan masyarakat.

Beliau juga kecewa kerana Najib dilihat sebagai pemimpin yang “bersih” untuk menggantikan perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau seterusnya membangkitkan lagi mengenai dakwaan Sirul berhubung arahan bagi membunuh wanita berkenaan.

“Pada masa itu Najib ternampak bersih. Sekarang ada syak wasangka di kalangan orang ramai yang tidak terjawab..

“Ini bukan masalah (kes pembunuhan) lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh.

“Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.

“Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul (Azhar Umar) dan rakannya (Azilah Hadri),”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.