Mahathir Dedah Rahsia Najib.
Dua hari selepas Datuk Seri Najib
Razak muncul di kaca televisyen menjawab secara langsung kepada kritikan
Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya, bekas perdana menteri itu kembali
lagi dengan serangannya.
Dalam video yang dimuat naik di blog "Din Turtle",
Dr Mahathir menafikan dakwaan Najib yang beliau kecewa dengan perdana
menteri kerana tidak membina jambatan bengkok ke Singapura.
Beliau juga mendakwa, Najib pada masa itu – ketika jambatan bengkok dari
Johor Baru ke Singapura itu mula dicadangkan pada 2006 – menyokong
projek itu.
Dr Mahathir mendakwa, apabila Najib mengambil alih tampuk pimpinan
negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau akan meneruskan
beberapa dasar yang mereka persetujui ketika Dr Mahathir menjadi perdana
menteri dan Najib menteri Kabinet.
"Harapan saya, bila Pak Lah dah takda (letak jawatan), dia akan buatlah
jambatan tu, dan lain-lain, kereta api, macam-macamlah.. Perkara yang
kita bersetuju semasa saya jadi perdana menteri, akan diteruskan selepas
saya letak jawatan, tapi Pak Lah tak buat.
"Jadi, Najib ada satu masa sebut kata, walau Singapura setuju atau tak
setuju pun, kami nak buat... Lepas tu bila dia jadi perdana menteri, dia
tak buat," kata Dr Mahathir dalam satu daripada klip video itu.
Dr Mahathir berkata, beliau sedikit kecewa kerana Najib tidak menunaikan janjinya berhubung projek itu.
"Saya tak seronok sikitlah, dia tak buat. Pasal dia janji, bukan untuk
saya, bukan saya nak dapat kontrak. Awak boleh periksa, tengok saya dah
dapat berapa banyak kontrak, saya bukannya nak kontrak.
"Tapi saya punya sikap, berlain sikit daripada orang lain. Saya tak nak saya kow tow kepada Singapura," katanya.
Mahathir Dedah Rahsia Najib
Dalam wawancara beliau dengan TV3 pada 9 April, Najib berkata, Dr
Mahathir mahu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dimansuhkan dan projek "jambatan bengkok" yang menghubungkan Johor dan Singapura dibina semula.
Katanya, dua isu itu mungkin sebahagian sebabnya bekas perdana menteri itu tidak habis-habis mengkritiknya.
"Ada satu, dua perkara yang dia nak saya buat... Misalnya dia tak setuju
BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor..." kata
Najib ketika itu, sambil menambah yang beliau menghormati Mahathir sama
seperti beliau menghormati orang lain.
Projek jambatan bengkok melibatkan meruntuhkan tambak di bahagian
Malaysia dan menggantikannya dengan jambatan enam lorong yang akan
bersambung dengan Singapura.
Reka bentuknya bengkok kerana Singapura tidak bersetuju merobohkan
tambak di bahagian mereka supaya jambatan yang lurus merentasi Selat Tebrau boleh dibina.
Singapura menentang hebat cadangan merobohkan tambak dan membina jambatan bengkok itu.
Mengulas kenyataan Najib mengenai perkara itu dalam nada sinisnya
seperti biasa, Dr Mahathir berkata: "Pasal 'bridge' (jambatan) ni, kalau
tak dapat, saya mati lah."
Dr Mahathir menegaskan, Malaysia sepatutnya meneruskan projek membina
jambatan itu dan mengecam Najib kerana hanya menurut kemahuan Singapura.
"Kalau Singapura tak nak buat, saya buat tempat saya, apa salahnya...
Itu hak kedaulatan kita, dalam wilayah kita, perairan kita. Bahagian
tambak itu kepunyaan kita..
Mahathir Dedah Rahsia Najib
"Jadi, bila saya dapati ada orang kow tow kepada Singapura, nak minta
persetujuan Singapura untuk buat benda di dalam negara kita, mana
kedaulatan kita? Mana kemerdekaan kita?"
Dalam satu klip video berasingan, perdana menteri ke-4 itu sekali lagi
menegaskan tidak bersetuju dengan BR1M, mengatakan ia seperti memberi
wang kepada mereka yang tidak layak menerimanya.
Katanya, beliau setuju jika bantuan kebajikan diberi kepada orang miskin
dan fakir, tetapi bukan dalam bentuk bantuan wang tunai kepada mereka
yang mempunyai pendapatan.
"Saya tak setuju dengan BR1M kerana saya tak suka suap orang dengan duit
percuma. Anda bagi RM500 kepada orang yang bergaji RM4,000 sebulan
untuk apa?
“Dan, 17,000 orang Cina di Ipoh menolaknya terang-terangan, ini menunjukkan ia bukan sesuatu yang kita patut buat."
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.