Followers

Wednesday, April 22, 2015

Kedai Seks Halal Dibuka Di Mekah ??


 
Mekah – Amat mengejutkan apabila bercakap mengenai ‘Kedai Seks Halal’ terutamanya di negara yang menjadi tumpuan orang Muslim.

Namun, inilah hakikatnya apabila sebuah kedai seks halal yang bakal menjanjikan keistimewaan khususnya kepada pasangan yang berkahwin dalam menjalinkan hubungan intim dibuka di Tanah Suci.

Menurut laporan portal berita bahasa Arab, Alyaoum24, kedai berkenaan dibuka untuk memenuhi kehendak pelanggan Islam dan mula berkembang di negara tersebut.

Pengasasnya, Abdelaziz Aouragh berkata dia telah berjumpa dengan ulama Arab Saudi untuk mendapatkan kebenaran untuk menjual barang-barang ‘halal’ yang akan menjamin peningkatan dalam hubungan seks antara suami dan isteri.

“Produk kami tidak termasuk anak patung kembung tetapi produk yang meningkatkan nafsu dan meransang suasana di antara pasangan dalam hubungan seks mereka,” katanya seperti dilapor AFP.

Difahamkan juga, Abdelaziz turut meminta bantuan sebuah syarikat Jerman, ‘Beate Uhse’ memandangkan syarikat tersebut merupakan pembekal terbesar produk ‘peransang seks’ di Eropah dan akan menjual 18 jenis alat seks yang ‘diluluskan’ Islam di kedainya.


- suaratv

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.