
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini mahu bertemu dengan akar umbi Umno untuk menerangkan kepada mereka mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sepertimana perjumpaan mereka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Dr Mahathir berharap beliau diberi peluang berjumpa dengan ahli Umno biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbilion ringgit.
"Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap “serangan” saya. Apakah saya sedang merosakan parti atau mencuba menyelamatkanya," katanya.
Mahathir mengakui bahawa beberapa ahli-ahli Umno telah meminta beliau berhenti menyerang Najib dan berkata beliau berterima kasih atas nasihat mereka itu.
"Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah.
"Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.