Followers

Monday, April 27, 2015

Herba Cina punca Chong Wei positif dadah Adam Abu Bakar

 
Herba Cina

Makanan kesihatan tambahan yang diambil Chong Wei sejak 2008 telah tercemar dan mengandungi bahan dadah terlarang iaitu dexamethasone.

PUTRAJAYA: Makanan tambahan berbentuk kapsul herba Cina disahkan sebagai punca Datuk Lee Chong Wei digantung selama lapan bulan kerana kesalahan mengambil bahan terlarang.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan perkara berkenaan pada sidang media bersama Chong Wei pada Isnin.

“Chong Wei tidak menyedari bahawa kapsul makanan kesihatan tambahan yang beliau ambil sejak 2008 telah tercemar dan mengandungi bahan dadah terlarang iaitu dexamethasone.

“Walaupun kes ini jarang-jarang berlaku, tetapi ia ternyata boleh berlaku.

“Bahkan, Panel Doping yang diketuai oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) juga mengesahkan bahawa Chong Wei tidak berniat untuk menipu sewaktu perlawanan,” katanya.

Khairy berkata, kes Chong Wei ini sebagai pengajaran dan selepas ini atlet tidak dibenarkan lagi mengambil makanan tambahan lain tanpa kebenaran daripada Institut Sukan Negara (ISN).

“Kita beri nasihat kepada atlet agar tidak ambil ubat-ubatan selain daripada ubat-ubatan yang diberikan oleh ISN,” katanya.

Sementara itu, Chong Wei meminta media tidak menghubungi dalam tempoh tiga hari ini sehingga tarikh penggantungan tamat pada 1 Mei,

“Dalam waktu tiga hari ini, pihak media jangan hubungi saya. Saya ingin mencari ketenangan,” katanya.

Chong Wei telah digantung selama lapan bulan bermula Ogos tahun lalu dan akan tamat pada 1 Mei ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.