Followers

Thursday, April 23, 2015

Guru dipecat ahli UMNO FMT Reporters

 
guru umno

Mohd Nor Izzat Mohd Johari sedang mempertimbangkan untuk menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tidak puas hati dengan pemecatan itu.

PETALING JAYA: Guru yang dipecat kerana mengetuai gerakan membantah sistem dalam talian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan ahli UMNO.

Mohd Nor Izzat Mohd Johari, 30, adalah Ketua Pemuda UMNO cawangan Kelisa, Hulu Selangor.
Dia berkata, sudah tiba masanya untuk mendedahkan hubungannya dengan UMNO.

“Sebelum ini saya tidak mendedahkan hubungan saya dengan parti tetapi ini masa yang sesuai untuk melakukannya,” katanya yang kini menganggur, lapor Malaysiakini.

Tidak puas hati dengan tindakan pemecatannya itu, dia sedang mempertimbangkan untuk menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dia juga merancang menulis surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya sedang meneliti pilihan yang ada, iaitu merayu atau menulis surat untuk menyatakan kekesalan kepada Najib dan Dr Mahathir.

“Kita perlu akui Perdana Menteri mungkin tidak boleh berbuat apa-apa, tetapi saya akan menulis kepada beliau sebagai menghormati kedudukannya sebagai pemimpin,” katanya.

Keputusan memecat Mohd Nor Izzat dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dalam mesyuaratnya yang ke-992 pada 31 Mac 2015.


Berdasarkan tarikh serahan Mohd Nor Izzat, menerima surat pemecatan tersebut 18 hari kemudian, iaitu pada 17 April 2015.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.