Followers

Thursday, April 16, 2015

EU pula gesa M'sia hormat hak asasi

 
 
Kesatuan Eropah (EU) menggesa Putrajaya menghormati hak asasi manusia selepas Malaysia meluluskan pindaan di Parlimen untuk mengukuhkan Akta Hasutan 1948.

Jurucakap EU yang berpangkalan di Brussels dalam kenyataannya membangkitkan masalah “penggunaan kontroversi” Akta Hasutan, sejak sebelum undang-undang itu diperkukuh.

“Malaysia putuskan untuk mengukuhkan Akta Hasutan, bukan memansuhkannya seperti diumumkan sebelum ini.

“Perkara ini mempunyai kesan terhadap kebebasan bersuara yang tergambar melalui penggunaan akta kontroversi itu baru-baru ini,” kata jurucakap itu.

“Sebagai sahabat Malaysia, EU sekali lagi menggesa Malaysia menghormati hak asasi manusia dan kebebasan asasi dan percaya kepada proses-proses dalam sistem demokrasi, demi pembangunan, kemakmuran dan keharmonian.”

Semalam Amerika Syarikat juga menyuarakan kebimbangan hampir sama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.