Jenis
penipu rakyat. Siang malam tipu rakyat, GST laksana harga barang
turunlah, GST hanya untuk orang kayalah, bla bla bla. Habis kau kencing
rakyat, padanlah kalau sultan taknak salam dengan ko Maslan oi.
Kuala
Lumpur – Rakaman Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang
dikatakan enggan bersalaman dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk
Ahmad Maslan tersebar di media sosial Facebook.
Pengguna media sosial turut membuat spkulasi, kononnya Sultan Johor murka dengan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pontian itu.
Melalui rakaman berdurasi tiga puluh dua saat itu, Sultan Johor dilihat tidak menyambut salam yang dihulurkan oleh Ahmad Maslan.
Pegawai
Khas (Penerangan), Datuk Ahmad Maslan ketika dihubungi SuaraTV berkata,
perkara tersebut sengaja dibesar-besarkan oleh pihak pembangkang yang
ketandusan isu.
Menurut
Mohamad Nazari Ahmad sepanjang pengetahuannya, Sultan Johor tidak
mempunyai sebarang masalah dengan Ahmad Maslan seperti yang
digembar-gemburkan itu.
“Tuanku
Sultan Johor mungkin tidak perasaan ketika Tok Mad (Ahmad Maslan)
hulurkan tangan, kerana Baginda sedang sibuk beramah mesra dengan rakyat
yang hadir.
“Sepanjang
pengetahuan saya, hubungan Tuanku Sultan dengan Tok Mad sentiasa baik
tanpa sebaranag masalah” uajrnya kepada SuaraTV sebentar tadi.
Nazari
turut menjelaskan insiden tersebut berlaku ketika Sultan Johor dan
Permaisuri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke
Majlis Jamuan Teh bersama rakyat baru-baru ini.
Majlis
yang berlangsung tepat pukul 3 petang di Pontian itu diadakan
bersempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor yang diadakan pada 23 Mac
lalu.
Berangkat
sama ke majlis itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
dan isterinya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam serta anakanda-anakanda lain.
Keberangkatan
Sultan dan Permaisuri Johor itu disambut hampir 10,000 rakyat pelbagai
kaum yang teruja menyambut baginda berdua biarpun dalam keadaan cuaca
panas terik.
Dalam majlis itu juga, Sultan Ibrahim turut meluangkan masa untuk beramah mesra dan bersalaman dengan rakyat jelata yang hadir. http://www.suara.tv/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.