Followers

Sunday, April 26, 2015

Dr M tidak akan maafkan Najib kerana hilangkan RM42 bilion 1MDB

 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disambut pada pada forum ‘Bicara Negarawan’ di Kelab K, Taman Melawati, Selangor, pagi ini. Beliau mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab persoalan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) malah mempersoalkan ketelusan laporan audit yang dibuat.


Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya tidak akan memaafkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana bertanggungjawab menghilangkan RM42 bilion wang melalui syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, jumlah wang yang hilang itu bukan kecil, malah memberi bayangan ia akan berterusan jika Najib tidak meletakkan jawatan.

"Kita tidak boleh lagi maafkan, kita mesti tumpukan kepada perkara (1MDB) ini.
 
"Kalau kita tak hentikan, ia akan terus berlaku," kata Dr Mahathir semasa forum Bicara Negarawan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.

Dalam dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang, Dr Mahathir sekali lagi mendakwa Najib tidak menjawab persoalan melibatkan 1MDB malah mempersoalkan ketelusan sama ada laporan audit yang dibuat seperti diarahkan perdana menteri sendiri.

Kelab K yang dahulu dikenali sebagai Kelab Century Paradise merupakan tempat awal Dr Mahathir bertemu rakyat pada 2006 semasa mengkritik pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. - tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.