Followers

Monday, April 13, 2015

Cemerkap - MP Gesa Ahmad Maslan Ditukar

 


Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan perlu ditukarkan ke kementerian lain serta merta ekoran saranannya terhadap mahahsiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.

Mahasiswa kampus itu mengkritik saranan beliau supaya mereka memasak sendiri daripada makan di luar bagi mengurangkan beban Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana asrama pelajar universiti tidak membenarkan memasak.

"Kita tak perlu orang yang propagandis cemerkap seperti Ahmad Maslan. Beliau sepatutnya ditukar serta merta ke kementerian yang lain.

"Tetapi saya berharap Putrajaya boleh pastikan bahawa beliau tidak akan memalukan kerajaan dalam jawatan barunya kelak," katanya dalam satu kenyataan.

Setelah dipindahkan, Liew berkata sekurang-kurangnya GST boleh dijelaskan sebagai satu isu yang serius dan bukannya "propaganda murah".

Liew turut mendakwa bahawa pemimpin BN dilaporkan menggunakan "politik perkauman yang tidak senonoh" untuk menyokong cukai tersebut.

Bagaimanapun Liew ketika dihubungi Malaysiakini tidak boleh memberi butiran tentang "politik perkauman" itu.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.