Followers

Sunday, April 19, 2015

'Buktikan P Pinang runding dengan Putrajaya, Hadi'

 
 
Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kerajaan Pulau Pinang telah beruding berkaitan pembinaan jambatan kedua dengan Putrajaya mengundang reaksi balas DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa sikap Hadi yang membuatkan semua orang dalam dalam keadaan kabur, sedangkan ia tidak boleh diterima dalam Pakatan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau mahu Hadi mengemukakan bukti bahawa kerajaan negeri telah berunding dengan kerajaan pusat berhubung pembinaan jambatan itu yang dirasmikan pada 2013.

"Mereka tidak pernah mahu bercakap dengan kami, berbincang atau berunding," kata Lim kepada pemberita di Bukit Mertajam hari ini.

"Ini mengarut, tolong jangan berbohong atau mengheret kami ke dalam masalah parti dan pemilihan kamu, kami tidak terlibat," kata Lim.

Semalam Hadi menegaskan bahawa kerajaan Kelantan mempunyai hak untuk berunding dengan kerajaan pusat mengenai pelaksanaan Hudud dan PAS telah lama membuat perjanjian dengan DAP dan PKR beberapa tahun dahulu dalam hal berkaitan agama Islam.

"Macam Pulau Pinang berunding pasal Jambatan Kedua dengan kerajaan pusat, tak kan hal syariah Kelantan tidak boleh berunding dengan kerajaan pusat?" kata Hadi.

Lim juga menasihatkan Hadi supaya tidak mengulangi tindakan yang membuat semua orang rasa kabur kerana ia satu langkah yang salah.

Hadi yang juga MP Marang kini berdepan dengan cabaran sengit khususnya daripada kumpulan progresif dalam PAS menjelang pemilihan parti Jun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.