Followers

Thursday, April 23, 2015

Bantah GST: 50 mengaku tidak bersalah Faiz Zainudin

 
bantah-GST

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mei untuk sebutan semula kes
.
PETALING JAYA: Seramai 50 individu termasuk sembilan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menyertai bantahan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Mac lalu didakwa di Mahkamah Sesyen pada Khamis.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 21(1)(d) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengingkari arahan polis supaya bersurai.

Kesemua tertuduh boleh didenda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja tuduhan dibacakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail, memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000 seorang dengan dua penjamin.

Majistret Azwarnida Affendi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,500 dan seorang penjamin, selepas mendengar hujah pendakwa dan peguam bela tertuduh, Gobind Singh Deo.
Dia juga menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula kes itu.

Azwarnida juga menetapkan 28 April ini untuk pendakwaan empat lagi tertuduh yang gagal hadir.
Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 23 Mac, kira-kira jam 5 petang.

FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.