Followers

Tuesday, April 7, 2015

Bangunan terbiar, Yayasan Selangor rugi RM15j, dedah laporan audit OLEH JAMILAH KAMARUDIN

'Bangunan terbiar, Yayasan Selangor rugi RM15j, dedah laporan audit

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Kegagalan perancangan yang strategik dan teratur terhadap pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan Yayasan di Bukit Bintang menyebabkan anggaran kehilangan hasil sewaan berjumlah RM15.12 juta bagi tempoh mulai bulan September 2012 hingga Ogos 2014, kata Laporan Ketua Audit Negara 2014. – 

Tindakan Yayasan Selangor mengabaikan aset bangunannya di Bukit Bintang menyebabkan anak syarikat negeri itu mengalami kerugian besar sebanyak RM15.12 juta dalam tempoh tiga tahun, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014.

Laporan itu berkata, Yayasan Selangor pada September 2012 menamatkan penyewaan dan mengosongkan bangunannya di Bukit Bintang, dan sejak itu rugi RM2.52 juta bagi tahun tersebut, manakala tahun berikutnya rugi RM7.56 juta dan RM5.04 juta bagi tempoh Januari hingga Ogos 2014.

"Kegagalan perancangan yang strategik dan teratur terhadap pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan Yayasan di Bukit Bintang menyebabkan anggaran kehilangan hasil sewaan berjumlah RM15.12 juta bagi tempoh mulai bulan September 2012 hingga Ogos 2014 berdasarkan kadar sewaan tahun 2012 dengan andaian kesemua unit berjaya disewa sepenuhnya berikutan penamatan penyewaan di bangunan tersebut," katanya dalam laporan hari ini.

Menurut laporan audit, keputusan Yayasan Selangor menutup Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL) dengan memaksa pelajar berpindah dan ditempatkan ke sekolah harian berasrama sedangkan projek tersebut masih belum dimuktamadkan sehingga bulan November 2014 juga merugikan yayasan.

Bangunan 12 tingkat berkeluasan 11,100 kaki persegi di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada awalnya mahu dibangunkan semula, mengikut persetujuan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan pada Jun 2010.

Yayasan kemudian mengeluarkan notis penamatan sewa kepada semua penyewa mulai bulan November 2011 untuk mengosongkan premis sepenuhnya pada bulan Ogos 2012.

Namun menurut audit, berlaku masalah dalaman dengan syarikat konsortium menyebabkan projek pembangunan semula masih belum dimuktamadkan hingga Ogos 2014.

Tinjauan audit ke tapak premis berkenaan pada 12 September 2014 juga mendapati, bangunan tersebut kosong dan terbiar, selain rosak akibat vandalisme.

Lawatan audit ke tapak cadangan pembangunan projek Kampung Pandan pada September 2014 juga mendapati belum ada sebarang kerja awal seperti pembersihan tapak AYSKL dilaksanakan bagi projek tersebut.

"Pada pendapat audit, projek pembangunan perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti. Perancangan perlu mengambil kira kesan terhadap sebarang keputusan yang diambil bagi mengelakkan kerugian di pihak yayasan," katanya.

Laporan itu berkata, berdasarkan maklum balas bertarikh 23 Disember 2014, yayasan membuka semula sewaan jangka pendek bagi penyewaan sebahagian unit dan ruang pengiklanan mulai Disember 2014 sebagai langkah mengurangkan kerugian.

Katanya, yayasan juga memaklumkan draf perjanjian bagi pembangunan projek secara usaha sama di Kampung Pandan dimuktamadkan dan akan dibawa untuk kelulusan dan tandatangan ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif ketika ditemui pemberita berkata, Barisan Nasional (BN) menuntut penjelasan kerajaan negeri yang gagal menguruskan dua aset berkenaan sehingga menyebabkan Selangor rugi besar.

Pihaknya kesal kerajaan negeri membiarkan aset tersebut sedangkan ia terletak di kawasan strategik di Kuala Lumpur.

Katanya, jika aset terbabit disewa sepenuhnya, kerajaan negeri mampu menjana pendapatan sekitar RM300,000 hingga RM400,000 sebulan dan memberi pulangan yang baik untuk rakyat.

"Sebelum ini, kita pernah membangkitkan isu pembangunan semula dua asrama berkenaan selain membantah rancangan kerajaan negeri ini namun ia tidak diendahkan.

"Sekarang nampaknya cadangan itu seolah-olah satu kegagalan oleh kerajaan negeri, kita tuntut penjelasan sebenar mengenai isu tersebut," katanya di lobi bangunan Annexe, Shah Alam. – 6 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com' Kegagalan perancangan yang strategik dan teratur terhadap pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan Yayasan di Bukit Bintang menyebabkan anggaran kehilangan hasil sewaan berjumlah RM15.12 juta bagi tempoh mulai bulan September 2012 hingga Ogos 2014, kata Laporan Ketua Audit Negara 2014. – 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com
 
No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.