Followers

Tuesday, April 28, 2015

Azman Shah calon PRM bukan Bebas - Faiz Zainudin

azman-shah

Azman telah membuat pengakuan dirinya merupakan ahli PRM yang sah dan telah menyertai parti itu sejak sebulan yang lalu.

PETALING JAYA: Salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Azman Shah Othman, dilanda kontroversi apabila didakwa bukan ahli Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Dia telah diminta supaya tidak menggunakan nama PRM sebaliknya bertanding sebagai calon Bebas untuk mengelak kekeliruan.

Bagaimanapun, Azman telah membuat pengakuan dirinya merupakan ahli PRM yang sah dan telah menyertai parti itu sejak sebulan yang lalu.

Pengakuan itu sekaligus menafikan kenyataan Pengerusi PRM Pulau Pinang, Datuk Gary Nair yang mendakwa Azman sebagai pelawak dan menggesa beliau menarik diri bertanding.

“Saya sudah sebulan lebih menjadi ahli. Pencalonan saya mendapat persetujuan PRM Pusat dan diberi sijil watikah lagi oleh Presiden,” katanya ketika dihubungi FMT.

Azman berkata, tindakan PRM Pulau Pinang membantah pencalonannya kerana mungkin tercabar dan tidak puas hati.

“Saya rasa mereka tak setuju mungkin ada sabotaj. Setiap perlawanan ada yang sokong ada yang tak sokong.

“PRM Pulau Pinang jarang menghadiri mesyuarat di peringkat Pusat. Bila panggil tak datang, malah maklumat terkini tidak sampai pada mereka,” katanya.

Azman bagaimanapun berkata, isu itu akan diselesaikan selepas PRM Pusat mengadakan perbincangan dengan PRM Pulau Pinang dalam masa terdekat.

Katanya, jentera parti akan digerakkan secara besar-besaran pada 1 Mei sehingga hari mengundi.

“PRM mahu menjaga kesejahteraan penduduk dan kebajikan seluruh pengundi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.