Followers

Thursday, April 9, 2015

Akta hasutan: Parlimen tak tunggu mahkamah

 
 

 Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak gesaan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang membacakan arahan tetap untuk menangguhkan perbahasan tentang rang undang-undang untuk meminda Akta Hasutan 1948.

Gobind (bawah) berkata perbahasan rang undang-undang itu akan subjudis sebelum Mahkamah Persekutuan yang akan membuat keputusan sama ada akta itu bercanggah dengan perlembagaan.

Memetik keputusan sama di Parlimen India, Pandikar bagaimanapun berkata perkara itu tidak boleh menghalang pihak legislatif membincangkannya.

Katanya, jika perkara itu diguna pakai dalam bidang legislatif, ia bukan sahaja menjadikan anggota Parlimen tertakluk kepada mahkamah, tetapi membuatkan pindaan undang-undang menjadi mustahil.

Pandikar bagaimanapun tidak menyebut secara terperinci keputusan Parlimen di India itu.

Gobind merujuk kepada tindakan seorang pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM) yang mencabar Akta Hasutan 1948 sebagai bertentangan dengan perlembagaan yang memperuntukkan kebebasan bersuara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berkata bahawa pindaan akta itu tidak subjudis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.