Followers

Tuesday, April 21, 2015

Akhbar gelapkan isu gaya hidup Rosmah

 
 

Kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai gaya hidup ‘mewah’ Datin Seri Rosmah Mansor tidak mendapat tempat semua akhbar berhabasa Melayu dan kebanyakan akhbar harian berbahasa Inggeris.

Kenyataan Dr Mahathir dalam blognya itu hanya dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris The Sun dan akhbar Cina.

Sejak 2 April lalu, Dr Mahathir mengulangi desakannya supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur berdepan dengan pelbagai tuduhan.

Antaranya, isu motif di sebalik pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shariibuu, peranan Jho Low dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB), pembelian jet baru kerajaan yang mewah dan sumber kekayaan Najib.

Menulis di blognya semalam, Mahathir meneruskan siri serangannya dengan berkata terdapat banyak perkara mengenai tingkah laku Najib yang "tidak betul".

“Tetapi saya sedia mengabaikannya, termasuk gaya hidup mewah dia dan isterinya,” tulisnya dalam blognya chedet.cc.

Kenyataan itu dipercayai yang pertama dibuat seorang tokoh utama dalam parti pemerintah mengakui Najib dan Rosmah menjalani hidup mewah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.