Followers

Friday, April 24, 2015

Ahmad Maslan tidak bodoh tapi kurang membaca Faiz Zainudin

 
maslan-sim-tze

Pakatan Rakyat telah menyediakan alternatif kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang terkandung dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2015.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak sesekali menganggap Datuk Ahmad Maslan bodoh tetapi Timbalan Menteri Kewangan itu kurang membaca.

Pengarah Biro Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, Pakatan Rakyat telah menyediakan alternatif kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang terkandung dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2015.

Katanya, Ahmad Maslan boleh membaca buku Belanjawan Pakatan Rakyat 2015 untuk melihat dan mengkaji pendekatan yang digariskan pakatan pembangkang.

“Kami menyeru Timbalan Menteri Kewangan lebih rajin membaca. Beliau bukan orang yang bodoh,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, antara pendekatan yang digariskan ialah memperkenalkan cukai keuntungan modal bagi ekuiti (CGT).

CGT, katanya, cukai progresif bagi mengantikan GST yang bersifat regresif dan mampu memberi pendapatan cukai tambahan RM3 bilion.

Katanya, polisi percukaian PR bagi membasmi gejala rasuah dan korupsi kerana tidak akan menggunakan pendekatan berkongsi keuntungan dengan swasta berkaitan pengutipan cukai seperti skim insentif konsesi yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional.

“Begitu juga menghapuskan pembaziran kerajaan seperti pembelian jet peribadi baru ACJ320 yang “terlebih belanja” RM109 juta dan kos penyelenggaraan yang memakan belanja RM690 juta,” katanya.

Tegas beliau, dengan adanya pendekatan sedemikian, kerajaan akan menerima RM7 bilion lebih besar daripada jangkaan kerajaan sebelum ini iaitu sebanyak RM5.6 billion.

“Ini cukup untuk menampung belanjawan Negara dan Rakyat tidak perlu dibebankan dengan GST,” katanya.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.