Followers

Saturday, March 14, 2015

YB Nurul Izzah sifatkan kehadiran polis tidak wajar

 

Susulan Laporan Zul Noordin, Polis Ke Rumah Nurul Izzah

 
KOTA BHARU: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memaklumkan empat anggota polis datang ke rumahnya petang tadi, berhubung laporan polis yang dibuat bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.

Katanya, tindakan polis terbabit hadir ke rumahnya tidak wajar sama sekali kerana dia sudah membuat temujanji akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi Isnin ini.

"Sebaik tiba di rumah dari melawat bapa di penjara, empat anggota polis datang ke rumah saya jam 3.30 petang memaklumkan saya disiasat mengikut Akta Hasutan susulan laporan polis yang dibuat Zulkifli.

"Saya memaklumkan kepada polis saya perlu pergi ke Kelantan untuk menghadiri ceramah dan akan pergi ke IPD Dang Wangi seperti dijadualkan.


"Saya tidak tahu apa nasib saya. Mungkin saya akan ditangkap polis pada bila-bila masa sahaja. Tolong doakan saya," katanya ketika ditemui di Forum Solidariti Untuk Anwar, di sini.

Semalam, Zulkifli membuat laporan polis berhubung kenyataan Nurul Izzah yang mempertikai penghakiman dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan kes liwat bapanya pada 10 Februari lalu.


Bloglist Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.