JAWAB KITA
TURUN
JALAN RAYA
Mengapa Putrajaya belanja RM28 juta naik taraf jet peribadi, soal Rafizi
Jet peribadi baharu bernilai RM465 juta
dibeli Putrajaya melalui perjanjian sewa beli, ACJ320, turut melalui
proses penaiktarafan kabin bernilai RM28 juta, sekaligus menjadikannya
asas kepada harga sewa beli berkenaan, kata Rafizi Ramli dalam satu
pendedahan hari ini.
Naib presiden PKR itu berkata,
berdasarkan laman web Comlux Aviation Group, pemilik ACJ320 sebelum
dibeli Putrajaya, keadaan dalaman kabin itu sudah cukup mewah seperti
"hotel lima bintang", sekaligus mempersoalkan keperluan ia dinaik taraf
semula.
"Apa keperluan membayar tambahan RM28
juta khusus untuk menaik taraf kabin apabila jumlah itu akhirnya akan
ditanggung rakyat Malaysia?" kata ahli Parlimen Pandan itu pada satu
sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
-
See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-belanja-rm28-juta-naik-taraf-jet-peribadi-kata-rafizi#sthash.0Pi4YLwH.dpuf
KOS NAIKTARAF KABIN JET PERIBADI ACJ320 RM28 JUTA
Jet
peribadi untuk kegunaan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baru
dibeli iaitu ACJ320 mula beroperasi sejak 3 Mei 2011 setelah disiapkan
pada 29 Mac 2010. Sebelum ini, ia disewakan oleh pemiliknya Comlux
Aviation Group dan Kerajaan Malaysia pernah menyewanya bagi kegunaan
Perdana Menteri.
Jet
peribadi ini merupakan antara yang terbaik dimiliki Comlux dan
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi kapasiti 19 penumpang,
termasuk satu bilik khusus untuk VVIP. Ia mempunyai ruang-ruang seperti
berikut:
Saya
mempunyai salinan perjanjian pembelian di antara Jet Premiere One
(Malaysia) Sdn Bhd (JPO) dan Air Luther AG iaitu syarikat bersekutu
dalam Comlux Aviation Group yang memiliki ACJ320 sebelum ini.
JPO
membeli jet ACJ320 ini dari Air Luther AG kemudian dijual pula kepada
Kerajaan Malaysia dalam satu perjanjian sewa beli yang telah saya
dedahkan sebelum ini.
Di
dalam perjanjian pembelian di antara JPO dan Air Luther AG, salah satu
syarat pembelian ialah kerja-kerja menaiktaraf kabin dari keadaan sedia
ada pada harga USD8 juta (bersamaan RM28 juta pada kadar tukaran RM3.5
bagi USD1).
Harga USD8 juta ini dimasukkan di dalam harga pembelian yang
kemudiannya menjadi asas kepada harga sewa beli bernilai RM465 juta
yang ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.
Saya
memaparkan gambar-gambar ruang dalam sedia ada ACJ320 untuk menunjukkan
bagaimana kabin yang belum dinaiktaraf sudah pun cukup mewah di luar
imaginasi rakyat Malaysia. Apa keperluan membayar tambahan RM28 juta
khusus untuk menaiktaraf kabin apabila jumlah itu akhirnya akan
ditanggung oleh rakyat Malaysia?
Jika
sebelum ini pimpinan Umno memberi alasan pembelian jet peribadi baru
ini adalah perlu demi keselamatan Perdana Menteri dan keluarga, apa pula
alasan membelanjakan RM28 juta dana rakyat untuk menaiktaraf kabin
menjadi lebih mewah dari apa yang ada sekarang?
Sekiranya wang RM28 juta
ini digunakan untuk membina rumah bagi mangsa banjir di Kelantan, pada
harga RM35,000 setiap rumah dana RM28 juta ini sepatutnya telah dapat
membina rumah untuk 800 keluarga yang menjadi mangsa banjir.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.