Followers

Thursday, March 26, 2015

Tukar Presiden Jika Ingin Kekal Dengan PR - Penganalisis

 

Empat Pilihan Untuk Pas

Kedegilan Pas untuk meneruskan agenda hudud mereka akhirnya meletakkan parti itu di kedudukan paling sukar ketika ini. Jika sebelum ini tindakan Pas membentangkan pindaan enakmen di Dun Kelantan dan kemudian menghantar notis untuk usul persendirian di Parlimen tanpa memaklumkannya terlebih dahulu kepada PR, membuatkan PKR menyatakan tidak akan menyokong usul tersebut, kini giliran DAP pula menyatakan pendiriannya.

Dalam pendirian terbaru yang diputuskan malam tadi, DAP membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Haji Hadi tetapi kekal bersama PR.

Ini bermakna, sementara PKR dan DAP kekal dalam PR, masa depan Pas dalam gabungan itu terpulang kepada parti itu menentukannya.

Jika Pas meneruskan juga mahu membentangkan usul persendirian di Parlimen, PKR dan DAP tidak akan memberikan sokongan terhadapnya. Pas hanya boleh berpuas hati dengan sokongan 21 Ahli Parlimennya sahaja.

Dalam masa yang sama, dua pemimpin kerajaan iaitu Nancy Shukri dan Nazri Aziz pula menegaskan, undang-undang hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini.

Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang berkata, mustahil hudud dapat dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan.

Selain itu, katanya, Ahli-Ahli Parlimen daripada Sarawak juga tidak akan menyokong sebarang usul mengenai hudud.

Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan pernah memegang portfolio undang-undang sebelum ini, dengan nada lebih keras dan terbuka berkata, hanya orang "bodoh" yang akan terus bercakap mengenai hudud.

Ini kerana, katanya, sudah termaktub dalam Perlembagaan bahawa undang-undang berkaitan jenayah merupakan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya Mahkamah Syariah.

Untuk meminda Perlembagaan pula, tambah Nazri, ia memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen dan tidak ada sesiapa yang memiliki sokongan sebanyak itu ketika ini.

Nazri juga berkata, selain itu usul persendirian Pas hanya dapat dibentangkan di Parlimen setelah selesai semua aturan urusan kerajaan dan selagi ia tidak habis, usul tersebut tidak dapat dibawa.

Secara langsung, kenyataan Nazri ini membayangkan bahawa usul persendirian berkaitan hudud ini bukan saja tidak pasti dapat dibawa dalam sesi Parlimen yang sedang berlangsung ketika ini, tetapi juga tiada jaminan dalam sesi-sesi yang seterusnya.

Bersandarkan semua situasi yang ada sekarang, usul persendirian hudud yang bakal dibawa oleh Haji Hadi ini selain tiada harapan untuk menang dan mendapat sokongan, malah mungkin juga tidak ruang langsung untuk dibentangkan di Parlimen.

Tetapi yang penting, apakah masa depan Pas dalam konteks ini?

Semuanya kini terserah kepada Pas. Jika mereka ingin terus kekal bersama PR, mengekalkan hubungannya dengan PKR dan DAP serta mahu terus berpotensi memenangi kerusi di kawasan bandar dan separa bandar di Selangor, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan sebagainya, pilihan yang boleh dibuat ialah sama ada menarik balik usul persendirian itu atau menukar Haji Hadi sebagai Presiden Pas.

Keputusan DAP mahu terus kekal dalam PR tetapi memutuskan hubungan dengan Haji Hadi Hadi adalah isyarat yang jelas bahawa yang menjadi masalah bukannya Pas tetapi hanya Haji Hadi. Dengan ketiadaan sokongan serta kenyataan Nancy Shukri dan Nazri Aziz, usul persendirian itu sudah bemakna lagi.

Tetapi jika Pas ingin terus mengekalkan Haji Hadi, hubungannya dengan PKR dan DAP tentulah tidak seharmoni dulu. Sikap bermasam muka akan terus berpanjangan dan mungkin merebak kepada soal pembahagian kerusi dalam pilihanraya nanti. Pertindihan calon pilihanraya juga mungkin berlaku.

Mengekalkan Haji Hadi juga akan membuatkan Pas berisiko besar untuk mendapat undi dan sokongan bukan Melayu dan ini akan menjadikan Pas hanya mampu memang di kawasan pengundi Melayu di Kelantan, Terenggganu dan Kedah saja. Pengundi bukan Melayu barangkali ramai yang tawar hati dengan kepimpinan dan pemikiran Haji Hadi.

Pilihan lain jika Pas ingin kekal berketuakan Haji Hadi ialah keluar dari PR. Walaupun Nik Amar Abdullah mengatakan Pas tidak kisah sendirian berikutan isu hudud ini, sudah tentulah wajah Pas tidak seperti yang ada sekarang jika ia bersendirian.

Pas tidak saja akan mengalami kehilangan banyak kerusi, tetapi juga akan mengecewakan ramai kelompok profesional dan progresif dalam parti itu.

Pilihan terakhir yang boleh dibuat oleh Pas jika tidak mahu bersendirian ialah membawa Pas menyertai BN dengan tujuan menguatkan kedudukan Melayu dalam gabungan itu. Tetapi pilihan ini belum tentu juga mendatangkan keselesaan kepada Pas kerana mereka bakal berebut kerusi pilihanraya pula dengan UMNO dalam pilihanraya nanti.

Dengan UMNO lebih dominan dan menang banyak kerusi di kawasan Melayu, jika bersama BN, Pas mungkin hanya diperuntukkan kerusi yang jauh lebih kecil saja.

Segala-galanya kini terserah kepada Pas menentukan hala tujunya antara tarik balik usul, keluar PR, tukar Haji Hadi atau menyertai BN. Pilihlah yang mana satu jalan berturap, jalan berliku atau jalan mati. -shahbudindotcom

It’s best for PAS to oust Hadi, says analyst

If PAS wants to remain in Pakatan Rakyat and thereby maintain its relevance as a political party, it has to get rid of Abdul Hadi Awang or at least give up on tabling the Private Member’s Bill aimed at facilitating the introduction of hudud, says political analyst Shahbudin Husin in his latest blog posting.

According to him, this is the essential meaning of last night’s DAP decision to remain in Pakatan but to cut ties with Hadi, Shahbudin says.

He seems to argue that the best course open for PAS is to oust Hadi from the party presidency.

He says that while PAS can retain Hadi as its president and still remain in Pakatan, its relations with DAP and PKR will remain sour, leading to disagreements on seat allocation in the next general election and, inevitably, three-corner fights. This will render its membership in the alliance virtually meaningless.

Essentially, he says, PAS now has to decide whether to oust Hadi or get out of Pakatan and then go it alone or join Barisan Nasional. However, if it does decide to opt out of Pakatan, it will be only a minor player in national politics.

“It’s now all up to PAS,” Shahbudin writes. “If it wants to remain in Pakatan and thereby keep winning urban and semi-urban seats such as those in Selangor, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, it will have to withdraw the Private Member’s Bill or replace Hadi with someone else.

“Retaining Hadi will bring the risk of alienating non-Malay voters, who no longer trust Hadi. PAS will then be successful only with Malay votes in Kelantan, Terengganu and Kedah.

“Furthermore, by retaining Hadi, PAS will disappoint many of the professionals within the party.”

Neither will PAS be any more successful if it decides to go it alone or join BN, he says.

“If it joins BN, it will be fighting for seats with Umno in the coming general election. With Umno being the dominant party in the coalition, it’s likely that PAS will get only a minority of seats.” -FMT




ULASAN GB
Jika dibaca komen-komen yang ada di bawah artikel yang disiarkan oleh FMT itu, jelas menunjukkan rata-rata kaum bukan Melayu sudah menolak Hj Hadi.

Apakah PAS ada pilihan lain jika ingin terus bersama PR selain dari apa yang disuarakan oleh penulis berkenaan iaitu menukar Presidennya?

Jika Hj Hadi dikekalkan Presiden maka hal yang disebutkan penulis tidak dapat dielakkan:

Tetapi jika Pas ingin terus mengekalkan Haji Hadi, hubungannya dengan PKR dan DAP tentulah tidak seharmoni dulu. Sikap bermasam muka akan terus berpanjangan dan mungkin merebak kepada soal pembahagian kerusi dalam pilihanraya nanti. Pertindihan calon pilihanraya juga mungkin berlaku.
Mengekalkan Haji Hadi juga akan membuatkan Pas berisiko besar untuk mendapat undi dan sokongan bukan Melayu dan ini akan menjadikan Pas hanya mampu memang di kawasan pengundi Melayu di Kelantan, Terenggganu dan Kedah saja. Pengundi bukan Melayu barangkali ramai yang tawar hati dengan kepimpinan dan pemikiran Haji Hadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.