Followers

Tuesday, March 3, 2015

SOLIDARITI HIMPUNAN #KITALAWAN 7 MAC 2015 DI PERINGKAT ANTARABANGSA

  
SOLIDARITI HIMPUNAN #KITALAWAN 7 MAC 2015 
DI PERINGKAT ANTARABANGSA
SOLIDARITI HIMPUNAN #KITALAWAN 7 MAC 2015 
DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Sekretariat #KitaLawan mengalu-alukan keprihatinan rakyat Malaysia yang berada di luar negara terutamanya anak muda yang mengambil inisiatif untuk menganjurkan perhimpunan di negara masing-masing sebagai solidariti bersama Himpunan #KitaLawan yang akan diadakan pada 7 Mac 2015.
Mereka bersolidariti demi menyatakan bantahan terhadap pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik (prisoner of conscience) serta menarik perhatian masyarakat antarabangsa mengenai ketidakadilan, kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa oleh pemerintah di Malaysia.

Sehingga kini, himpunan solidariti peringkat antarabangsa pada 7 Mac 2015 akan diadakan di lokasi-lokasi seperti berikut:-



i.                    Old Palace Yard, London (berdekatan dengan bangunan Parlimen United Kingdom) bermula jam 11 pagi waktu tempatan

ii.                  Hadapan Bangunan Parlimen Australia, Canberra bermula jam 4 petang waktu tempatan

iii.                Hadapan Bangunan Parlimen South Australia, Adelaide bermula jam 4 petang waktu tempatan

iv.                Liberty Square (Freedom Square) di Taipei, Taiwan bermula jam 7 malam waktu tempatan

Himpunan solidariti 7 Mac 2015 juga akan diadakan di bandar New York serta beberapa bandar di Amerika Syarikat, Jepun, New Zealand dan negara-negara Eropah dimana lokasi himpunan akan dimaklumkan kelak.

Ikuti perkembangan terkini melalui Facebook Rasmi #KitaLawan di https://www.facebook.com/KitaLawanOfficial. Bagi mereka yang menetap di luar negara dan ingin sama-sama menganjurkan himpunan solidariti sila emel kitalawanofficial@gmail.com. Sebarang pertanyaan sila hubungi saudara Akmal Nasir +60 12 742 8738.

2 MAC 2015
 

SEKRETARIAT #KITALAWAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.