Followers

Friday, March 6, 2015

Siasat surat Syed Ahmad Aidid


Gerakan Rakyat Anti-Korupsi (GERAK) kesal dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang menolak sebarang siasatan lanjut terhadap dakwaan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Aidid tentang berlakunya rasuah dan salahguna kuasa dalam institusi kehakiman negara.

Lihat sini Saya kemukakan semula disini artikel yang telah keluar pada Rabu, 05 July 2006, dulu.

Elok juga kita imbas semula cerita rasuah dalam kehakiman negara sejak dulu lagi dan lihatlah betapa peranan peguam negara dalam menutup kes tersebut.
 

Pesara Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Anuar B Dato Zainal Abidin berkata siasatan terhadap dakwaan rasuah dan salahlaku dalam sistem kehakiman, yang tersebar dalam surat layang yang ditulis oleh bekas Hakim, Datuk Syed Ahmad Idid, patut dibuka semula.

Menurutnya, ia adalah satu dakwaan serius yang membabitkan 12 orang hakim dan kerana itu tidak sepatutnya siasatan disiapkan dalam masa yang singkat dan ditutup begitu cepat.

Beliau berpendapat, siasatan yang dijalankan oleh Peguam Negara, AllahyarhamTan Sri Mokhtar Abdullah pada 1996 terhadap surat layang Syed Ahmad itu, dibuat dengan ‘tergesa-gesa dan tidak lengkap.’

Beliau mempersoal bagaimana pihak berkuasa boleh menyiasat surat layang setebal 33 mukasurat dan mempunyai 112 dakwaan terhadap 12 orang hakim, dalam masa sebulan.

Dakwaan dalam surat layang itu membabitkan 39 kesalahan rasuah, 21 penyalahgunaan kuasa, 52 salahlaku, perbuatan tidak bermoral dan kecuaian.

“Cuba anda fikir, bolehkah pihak berkuasa menyiapkan siasatan terhadap semua dakwaan yang melibatkan ramai individu dan pelbagai kesalahan dalam masa sebulan atau lebih. Akal waras saya merasakan siasatan itu tidak dibuat selengkapnya,” kata beliau dalam satu wawancara dengan malaysiakini baru-baru ini.

Surat layang Penyebaran surat layang mengenai salahlaku dalam sistem kehakiman itu menggemparkan negara pada tahun 1996 hingga menimbulkan krisis keyakinan orang ramai terhadap para hakim. 




Berikutan desakan orang ramai, terutamanya dari Majlis Peguam dan parti pembangkang, maka pihak polis terpaksa menjalankan siasatan terhadap penulis dan dakwaan yang terkandung di dalam surat layang tersebut.

Setelah siasatan dibuat, Peguam Negara telah mengumumkan surat layang berkenaan ditulis oleh seorang hakim tetapi pendakwaan tidak dapat dilakukan kerana semua dakwaan didapati tidak berasas. Hakim yang menulis surat layang itu juga tidak didakwa dan dikatakan telah meletakkan jawatan secara sukarela.

Bagaimanapun baru-baru ini Syed Ahmad memberitahu akhbar New Straits Times bahawa beliau diarah meletakkan jawatannya dan mendakwa semua dakwaannya di dalam surat layang itu tidak disiasat dengan baik.

Annuar menambah, Peguam Negara sepatutnya menggambil kesempatan dari suasana sekarang untuk membuka balik siasatan kes surat layang itu kerana Syed Ahmad telah tampil sekali lagi membangkitkan dakwaan-dakwaannya. Buka semula siasatan

“Tambahan lagi Perdana Menteri sendiri telah berazam untuk membasmi rasuah,” ujarnya. Anuar melahirkan kehairanannnya mengapa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail mendiamkan diri dalam perdebatan sama ada siasatan terhadap surat layang Syed Ahmad itu patut dibuka semula atau tidak.

“Nampaknya Peguam Negara tidak membuat apa-apa komen sedangkan beliaulah orang yang boleh memutuskan sama ada sesuatu kes itu hendak dibuka atau ditutup.

Orang lain tidak boleh memutuskannya termasuk menteri atau Ketua Hakim,” tegasnya. Sebaliknya menurut beliau, pihak-pihak yang tidak berkenaan, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang menjawab bagi pihak Peguam Negara.

Nazri baru-baru ini memberitahu Parlimen bahawa Peguam Negara telah menyiapkan siasatan terhadap surat layang Syed Ahmad itu pada tahun 1996 dan tiada tindakan lanjut akan diambil.

Annuar yang telah berkhidmat selama 30 tahun dalam jabatan kehakiman negara berkata, tindakan menyelesaikan siasatan begitu cepat pada ketika itu mungkin kerana pihak berkuasa mahu menutup segera kes berkenaan.

Siasatan dalaman Menurut Annuar lagi, beliau tidak ditanya atau dirundingi berhubung siasatan itu walaupun pada ketika itu beliau berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Semenanjung.

Menyentuh tentang kenyataan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ahmad Fairuz baru-baru ini bahawa Jabatan Kehakiman akan menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salahlaku dalam jabatan tersebut, Anuar berkata, adalah tidak wajar pihak kehakiman menyelesaikan sendiri dakwaan terhadap mereka kerana ia di luar bidang tugas kehakiman.

Beliau berkata, mereka yang berada dalam jabatan kehakiman sekarang tidak perlu berasa gusar atau membantah sebarang siasatan terhadap mereka kerana ia tidak akan menjejaskan kedudukan dan imej sistem kehakiman negara.

Bekas Ketua Hakim Malaya itu juga ditanya tentang siasatan terhadap hubungan rapat bekas Ketua Hakim, Datuk Eusoff Chin dengan peguam V K Lingam yang menjadi kontroversi satu ketika dulu.

“Saya rasa siasatan itu ditutup terlalu cepat.Sebenarnya apabila kita enggan menjalankan siasatan,orang ramai akan semakin pelik dan ini lebih merbahaya,” ujarnya.

Lingam adalah peguam Vincent Tan dalam satu kes rayuan yang dihakimi oleh Eusoff Chin tidak lama dulu.



al-Husseyn

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.