Perdana Menteri Najib Razak, yang mengilhamkan 1MDB, sekarang tidak punya pilihan lain selain menggesa polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara supaya melakukan siasatan forensik segera ke mana wang 1MDB mengalir keluar.
Mengarahkan Ketua Audit Negara untuk memeriksa akaun audit 1MDB tidak mencukupi kerana jejak kemusnahan kelihatan lebih dalam berbanding yang dijangka sebelum ini.
Seperti yang diperkata oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad, ini adalah masa untuk menyiasat secara terperinci dan menghukum
siapa yang bersalah, tanpa mengira siapa pun mereka.
Di dalam
temuramah dengan media asing minggu lalu, Jho Low bersetuju untuk
disiasat, sementara mendakwa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan
dan beliau hanya menasihatkan 1MDB apabila diminta memberi pendapat.
Jika ini terjadi, siapa sebenarnya dalang di sebalik ‘rompakan’ dana awam 1MDB? Atau adakah ini kes ketidakkecekapan?
Najib sedang berjalan di atas lapisan ais nipis sekarang. Gagal untuk menangani sebaiknya kebimbangan ini akan mengakibatkan kemarahan orang awam dan siapa tahu apa yang akan didedahkan oleh Sarawak Report selepas ini?
Sebanyak mana Najib berdoa dan berharap, kemelut 1MDB ini tidak akan pergi begitu saja. Perdana menteri dilihat tidak menjawab sebarang soalan sekarang tentang apa yang tidak kena dengan 1MDB tetapi menggambarkan yang semuanya baik saja adalah dilihat bodoh dan mungkin mengakibatkan karier politiknya.
Yang bersalah mestilah didedahkan dan untuk itu kerajaan tidak boleh dilihat tidak berbuat apa-apa, melainkan mereka juga telah memainkan peranan di dalam penipuan ini. Ianya semudah itu.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.