Datuk Seri Shahidan Kassim bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Barisan Nasional (BN) akan kehilangan sokongan jika cukai yang diperkenalkan membebankan rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata jika penerangan yang
kurang tepat diberikan kepada rakyat mengenai Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST), ia mampu mengurangkan sokongan undi rakyat kepada
BN.
"Kalau GST mendatangkan masalah kepada rakyat, memang rakyat tidak mengundi kita dan kita terang tidak berapa tepat kepada rakyat, rakyat tidak sokong kita, memang undi kuranglah.
"Tetapi kalau GST mendatangkan keuntungan, rakyat akan sokong. Kita kena ingat GST dibuat bukan untuk kerajaan, ia untuk rakyat," katanya kepada Sinar Harian.
Shahidan mengulas pandangan yang dilontarkan Dr Mahathir pada Rabu yang mendakwa rakyat berhak memberitahu kerajaan mereka tidak akan dipilih semula sebagai parti pemerintah jika lebih banyak cukai dikenakan.
Merujuk kepada pelaksanaan GST bulan depan, Dr Mahathir berkata jika kenaikan harga ubat-ubatan membebankan rakyat, mereka harus memaklumkannya kepada kerajaan.
"Ia adalah hak rakyat untuk bertindak balas. Jika ini beban kepada mereka, mereka boleh memberitahu kerajaan... 'jangan tambah apa-apa cukai lagi'," katanya.
"Jika anda mengenakan cukai, kita tidak akan undi anda lagi", katanya.
Bekas perdana menteri yang lantang itu berkata demikian mengulas kenyataan tidak semua ubat-ubatan, termasuk yang penting, akan dikecualikan daripada GST.
“Hanya ubat-ubatan di bawah National Essential Drug List tidak dikenakan cukai,” katanya.
Beliau berkata, tidak dapat dielakkan di mana kos penjagaan kesihatan akan meningkat dengan GST yang akan dikenakan ke atas “semua perkara”. – tmi
Bloglist Malaysia.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.