23 Mac, 2015.Video YouTube berdurasi 2 minit dihoskan Aisyah Tajuddin mempersoalkan hudud mencetuskan kontroversi selepas beliau menerima ugutan bunuh dan rogol. – 23 Mac, 2015.Juruhebah stesen radio perniagaan BFM 89.9 Aisyah Tajuddin hari ini meminta maaf atas kata-katanya dalam video mempersoalkan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Aisyah berkata tidak berniat menghina mana-mana agama dalam video BFM Projek Dialog BFMKupas, sebaliknya hanya mempersoalkan keutamaan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan.
"Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf atas kata-kata saya dalam video. Saya tidak ada niat hendak mempersenda. Saya tak pernah berniat nak menghina.
"Saya sedar ramai yang terasa. Disebabkan itu saya betul-betul minta maaf. Saya tidak akan, dalam apa jua keadaan, menghina atau merendahkan mana-mana agama, apatah lagi agama sendiri," kata Aisyah dalam kenyataannya hari ini.
Katanya, ugutan bunuh dan rogol yang ditujukan kepadanya, keluarga dan rakan sekerjanya sejak video itu disiarkan Khamis minggu lalu "amat mengecewakan".
"Rasa lemah dan terdedah kepada bahaya bukan satu pengalaman yang selesa dan bukan seperti berada di Malaysia yang saya kenali," kata Aisyah.
"Pada masa sama, ramai juga yang mencurahkan kasih sayang dan sokongan, baik rakan-rakan begitu juga daripada orang yang tidak dikenali. Untuk itu, saya amat bersyukur."
Beliau juga melahirkan kekesalan liputan mengenai kejadian itu mengalihkan perhatian ramai dari niat sebenar video itu, yang sebenarnya bertujuan merangsang perbincangan mengenai keadaan sosio-ekonomi rakyat Kelantan.
Polis hari ini merekodkan kenyataan Aisyah dan beberapa pekerja BFM berhubung video dua minit itu.
Semalam, New Straits Times Online melaporkan mereka yang di sebalik video itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan agama atau kekufuran.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis menerima sekurang-kurangnya 5 laporan selepas video itu diterbitkan, dari mereka yang merasakan ia mempermainkan kepercayaan agama.
"Kami membuat keputusan memanggil penerbit rancangan itu dan penyampainya kerana, selepas membuat permohonan maaf berhubung video itu, stesen itu menjelaskan Aisyah hanya membaca daripada skrip yang disediakan.
"Video itu juga menyinggung perasaan pengikut (di kalangan orang Islam) yang merasakan agama mereka dihina," katanya dalam laporan NST itu.
Laporan itu berkata, Khalid turut memberi jaminan polis juga sedang mengesan mereka yang membuat ugutan rogol dan bunuh terhadap Aisyah.
BFM kini sudah menarik balik klip video itu, yang mendapat sekurang-kurangnya 6,000 tontonan serta beratus-ratus komen menghina tentang Aisyah.
Komen itu termasuk yang mempersoalkan kepercayaan agamanya juga seruan supaya beliau dibakar hidup-hidup, dirogol, malah ditembak mati.
Ramai juga yang menggesa polis menyiasat Aisyah dan BFM atas dakwaan menghasut.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, BFM berkata Aisyah tidak menulis skrip yang dibacanya dan pandangan yang dilontarkannya dalam video itu bukan menggambarkan pendiriannya terhadap undang-undang itu.
Katanya, video di YouTube itu, yang dihasilkan BFM Media dengan kerjasama Projek Dialog, bertujuan mengadakan "satu komentar menyindir" mengenai sama ada pelaksanaan hudud harus menjadi keutamaan kerajaan Kelantan.
"Bagaimanapun, berdasarkan komen yang kami terima di pelbagai laman web, jelas sekali ada penonton menganggap kami mempersoalkan keperluan hudud. Hakikatnya, kami tidak ada niat sebegitu," kata BFM.
"Kami hanya minta penonton mempertimbangkan soalan yang sah berhubung pelaksanaannya. Kami memohon maaf jika timbul sebarang kesalahan. Kami mengambil keputusan menarik balik video itu kerana ia mungkin menyinggung mana-mana pihak."
Semalam, bapa Aisyah, Profesor Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, menafikan anaknya melakukan apa-apa jenayah kerana dia semata-mata mempersoalkan pelaksanaan hudud PAS di Kelantan.
Katanya, Aisyah bukan mempersoalkan undang-undang Tuhan, tetapi undang-undang yang ditulis PAS dan akan dikuatkuasakan parti Islam itu. – 23 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.