Berita Menggembirakan Buat Penyokong Pakatan Rakyat?
Berita Menggembirakan Buat Penyokong Pakatan Rakyat? PKR
hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN) bakal berpecah belah sekiranya
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyokong rang undang-undang
persendirian yang bakal diusulkan PAS di Parlimen, berkenaan hudud
Kelantan.
Setiausaha
agungnya Rafizi Ramli berkata, situasi itu juga akan menyebabkan parti
politik yang kecil di Sabah dan Sarawak terpaksa bersatu dengan parti di
peringkat nasional, menjadikan apa yang dibayangkan veteran DAP Lim Kit
Siang satu kenyataan.
Lim pernah membayangkan sebelum ini penyatuan parti antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN.
"Kalau Najib bermain-main dalam
isu ini untuk pecahkan Pakatan Rakyat (PR), BN sudah pasti akan
berpecah," kata ahli Parlimen Pandan itu mengulangi pandangannya sebelum
ini yang Umno hanya bersandiwara menyokong PAS dalam isu hudud.
"Saya masih menunggu kenyataan
perdana menteri dan timbalan perdana menteri mengenai rang undang-undang
persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah ini," katanya.
Berita Menggembirakan Buat Penyokong Pakatan Rakyat?
Bagaimanapun, mengulas spekulasi
yang rang undang-undang itu hanya dapat dibentangkan dengan kebenaran
perdana menteri, Rafizi berkata beliau yakin Najib tidak akan bersetuju
dengannya.
"Saya yakin rang undang-undang
itu tidak akan dibawa ke Parlimen kerana ia tidak mendapat kelulusan
Najib," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dijangka membentangkan usul rang undang-undang persendirian
itu sebelum ini berkata, keputusan sama ada ia dapat dibentangkan pada
sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang atau tidak bergantung
kepada budi bicara Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Katanya, mengikut Peraturan
Mesyuarat, rang undang-undang persendirian hendaklah diusulkan dan perlu
mendapat keizinan daripada seorang menteri terlebih dahulu sebelum
boleh dibentangkan.
Rafizi semalam mencabar komponen
BN membubarkan parti mereka sekiranya masih gagal mendapatkan satu
pendirian rasmi daripada Najib sebagai pengerusi BN atau timbalannya Tan
Sri Muhyiddin Yassin berhubung hudud.
Katanya, sandiwara Umno berterusan melalui media di bawah kawalannya yang menyokong penuh pelaksanaan hudud tetapi ia adalah sandiwara Umno untuk memecahkan PR.
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.