Followers

Tuesday, March 10, 2015

Petisyen Anwar ke Rumah Putih dibuang ??

 Petisyen untuk pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dihantar ke Rumah Putih dibuang daripada laman sesawang rasminya, pagi ini. – Gambar oleh The Malaysian Insider, 10 Mac, 2015.

Petisyen untuk pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dihantar ke Rumah Putih dibuang daripada laman sesawang rasminya, pagi ini. –

Petisyen kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara dibuang daripada laman sesawang untuk petisyen Rumah Putih, ketika ia hampir mencapai sasaran memperolehi 100,000 tandatangan seperti disyaratkan.

Laman sesawang yang sebelum ini menyiarkan petisyen itu kini tertulis:”Petisyen yang anda cuba cari dikeluarkan daripada laman ini mengikut Dasar Kesederhanaan kerana ia melanggar terma penyertaan kami”.

Awal pagi ini, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang baru saja menggesa orang ramai menandatangani petisyen itu, yang memerlukan kira-kira 5,000 lagi untuk mencapai sasaran 100,000, syarat bagi mendapatkan maklum balas pemerintah AS.

Lim melalui akaun Twitternya melahirnya keyakinan jumlah itu mampu mencapai sasaran menjelang jam 5 petang hari ini, lebih awal daripada tarikh tamat pada 12 Mac.

Tetapi, tidak lama selepas tweet itu, pemeriksaan dibuat di laman sesawang yang membawa petisyen berkenaan ke Rumah Putih mendedahkan rayuan untuk Anwar itu sudah dikeluarkan.

Ahli Parlimen Batu yang juga naib presiden PKR Tian Chua berkata Putrajaya mungkin dalang di sebalik penyingkiran keluar petisyen itu.

Beliau menulis di akaun Twitternya:”Petisyen FreeAnwar ke Rumah Putih digantung – saya syak kerajaan Malaysia sabotaj petisyen itu dan menjejaskan prose situ”.

Tidak jelas mengapa petisyen itu ditutup dan The Malaysian Insider sedang cuba mendapatkan alasannya.

Petisyen itu dimulakan oleh bekas Duta AS ke Malaysia John R Malott, yang melancarkannya sejurus selepas keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah Anwar atas tuduhan meliwat pada 10 Februari.

Bagaimanapun, ada satu lagi petisyen balas bertajuk “Menghormati kedaulatan negara Malaysia” dalam laman sesawang Rumah Putih untuk petisyen.

Ia dimulakan tidak lama selepas petisyen Malott untuk membebaskan Anwar, kerana ia akan tamat tempoh pada 13 Mac. Pada masa ini, ia mempunyai 72,884 penandatangan dan juga memerlukan 100,000 tandatangan untuk layak mendapat maklum balas.

Petisyen itu menyatakan “rakyat Malaysia marah” terhadap Rumah Putih kera melahirkan “amat kecewa” berhubung sabitan bersalah Anwar dan mempersoalkan kehakiman serta kedaulatan undang-undang Malaysia.

“DNA yang menyokong kes ini berpadanan 16 kepada 16. Anwar juga memilih untuk tidak menawarkan sampelnya di mahkamah yang mungkin boleh membersihkannya. Pada asalnya, Anwar menawarkan 14 saksi, tetapi seorang pun tidak tampil ke depan. Dia menolak disoal balas.

“Mengambil kira reputasi Malaysia, AS perlu melihat dulu isu hak asasi manusia mereka dan berhenti menyiksa tahanan di Guantanamo Bay. Kami rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian mendesak AS berhenti mencampuri kehakiman dan kedaulatan undang-undang Malaysia,” kata petisyen balas itu.

Rumah Putih pada 10 Februari mengeluarkan kenyataan selepas keputusan mahkamah diumumkan, dengan berkata ia “sangat kecewa”.

Ia berkata, perbicaraan Anwar “membangkitkan kebimbangan yang serius mengenai kedaulatan undang-undang dan keadilan sistem kehakiman di Malaysia”. – 10 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Petisyen Anwar ke Rumah Putih dibuang

Petisyen untuk pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dihantar ke Rumah Putih dibuang daripada laman sesawang rasminya, pagi ini. – Gambar oleh The Malaysian Insider, 10 Mac, 2015.Petisyen untuk pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dihantar ke Rumah Putih dibuang daripada laman sesawang rasminya, pagi ini. – Gambar oleh The Malaysian Insider, 10 Mac, 2015.Petisyen kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara dibuang daripada laman sesawang untuk petisyen Rumah Putih, ketika ia hampir mencapai sasaran memperolehi 100,000 tandatangan seperti disyaratkan.
Laman sesawang yang sebelum ini menyiarkan petisyen itu kini tertulis:”Petisyen yang anda cuba cari dikeluarkan daripada laman ini mengikut Dasar Kesederhanaan kerana ia melanggar terma penyertaan kami”.
Awal pagi ini, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang baru saja menggesa orang ramai menandatangani petisyen itu, yang memerlukan kira-kira 5,000 lagi untuk mencapai sasaran 100,000, syarat bagi mendapatkan maklum balas pemerintah AS.

Lim melalui akaun Twitternya melahirnya keyakinan jumlah itu mampu mencapai sasaran menjelang jam 5 petang hari ini, lebih awal daripada tarikh tamat pada 12 Mac. Tetapi, tidak lama selepas tweet itu, pemeriksaan dibuat di laman sesawang yang membawa petisyen berkenaan ke Rumah Putih mendedahkan rayuan untuk Anwar itu sudah dikeluarkan.
Ahli Parlimen Batu yang juga naib presiden PKR Tian Chua berkata Putrajaya mungkin dalang di sebalik penyingkiran keluar petisyen itu.
Beliau menulis di akaun Twitternya:”Petisyen FreeAnwar ke Rumah Putih digantung – saya syak kerajaan Malaysia sabotaj petisyen itu dan menjejaskan prose situ”.
Tidak jelas mengapa petisyen itu ditutup dan The Malaysian Insider sedang cuba mendapatkan alasannya.
Petisyen itu dimulakan oleh bekas Duta AS ke Malaysia John R Malott, yang melancarkannya sejurus selepas keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah Anwar atas tuduhan meliwat pada 10 Februari.
Bagaimanapun, ada satu lagi petisyen balas bertajuk “Menghormati kedaulatan negara Malaysia” dalam laman sesawang Rumah Putih untuk petisyen.
Ia dimulakan tidak lama selepas petisyen Malott untuk membebaskan Anwar, kerana ia akan tamat tempoh pada 13 Mac. Pada masa ini, ia mempunyai 72,884 penandatangan dan juga memerlukan 100,000 tandatangan untuk layak mendapat maklum balas.
Petisyen itu menyatakan “rakyat Malaysia marah” terhadap Rumah Putih kera melahirkan “amat kecewa” berhubung sabitan bersalah Anwar dan mempersoalkan kehakiman serta kedaulatan undang-undang Malaysia.
“DNA yang menyokong kes ini berpadanan 16 kepada 16. Anwar juga memilih untuk tidak menawarkan sampelnya di mahkamah yang mungkin boleh membersihkannya. Pada asalnya, Anwar menawarkan 14 saksi, tetapi seorang pun tidak tampil ke depan. Dia menolak disoal balas.
“Mengambil kira reputasi Malaysia, AS perlu melihat dulu isu hak asasi manusia mereka dan berhenti menyiksa tahanan di Guantanamo Bay. Kami rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian mendesak AS berhenti mencampuri kehakiman dan kedaulatan undang-undang Malaysia,” kata petisyen balas itu.
Rumah Putih pada 10 Februari mengeluarkan kenyataan selepas keputusan mahkamah diumumkan, dengan berkata ia “sangat kecewa”.
Ia berkata, perbicaraan Anwar “membangkitkan kebimbangan yang serius mengenai kedaulatan undang-undang dan keadilan sistem kehakiman di Malaysia”. – 10 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/petisyen-anwar-ke-rumah-putih-dibuang#sthash.fTrvqdKt.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.