Followers

Friday, March 20, 2015

Pemimpin PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Bentang Hudud Di Parlimen

 
Pemimpin PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Bentang Hudud Di Parlimen. PAS dinasihatkan supaya berhati-hati dengan taktik Umno dan perlu mendapatkan jaminan bertulis daripada Barisan Nasional (BN) yang mereka akan mengundi dan menyokong rang undang-undang persendirian hudud sebelum membawanya ke Parlimen, kata Rafizi Ramli.

Setiausaha agung PKR itu berkata, ini penting untuk memastikan tiada muslihat dan tipu daya daripada Umno yang pernah memangsakan PAS dengan menendang parti itu keluar BN pada 1977.

Katanya, kepimpinan PAS dan rakyat perlu berhati-hati dan waspada dengan muslihat Umno dan BN yang menggunakan ketaatan orang Islam terhadap hukum Allah sebagai muslihat politik.

Saya menasihati pimpinan PAS supaya mendapat jaminan bertulis mengenai sokongan daripada Umno dan parti komponen BN lain seperti PBB (Parti Pesaka Bumiputra Bersatu) terhadap cadangan rang undang-undang persendirian mengenai kuasa Mahkamah Syariah terlebih dulu sebelum memutuskan untuk membawanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pemimpin PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Bentang Hudud Di Parlimen
Ahli Parlimen Pandan itu juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya,Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan sokongan secara terbuka dan bertulis terhadap hudud di Kelantan dan berjanji akan mengundi rang undang-undang persendirian itu jika dibawa ke Parlimen.

Rafizi yang juga naib presiden PKR itu berkata, Najib dan Muhyiddin perlu mengeluarkan arahan segera secara bertulis agar setiap ahli Parlimen Umno dan parti komponen BN lain yang beragama Islam wajib menyatakan sokongan.

"Setakat ini, tiada satu kenyataan pun daripada Najib menyatakan sokongan dan arahan kepada ahli Parlimen Umno dan BN untuk menyokong cadangan rang undang-undang persendirian mengenai kuasa Mahkamah Syariah itu. "Saya khuatir Najib hingga ke akhirnya tidak akan membuat kenyataan. 

Malah saya juga waspada Umno dan BN tidak akan mengeluarkan sebarang arahan agar setiap ahli Parlimen beragama Islam menyokong rang undang-undang persendirian itu jika dibawa ke Parlimen," katanya yang juga naib presiden PKR.
 
Addin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.