Followers

Saturday, March 14, 2015

Peguam Umno cuba henti usaha debat tindakannya dalam AGM Majlis Peguam esok OLEH JENNIFER GOMEZ



Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dikatakan cuba memohon injunksi ex-parte bagi menghentikan gerakan terhadap tindakannya selepas sabitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dikatakan cuba memohon injunksi ex-parte bagi menghentikan gerakan terhadap tindakannya selepas sabitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah beralih kepada mahkamah dalam usaha untuk menghentikan gerakan terhadap tindakannya selepas sabitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dibahaskan di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Peguam Malaysia esok.

Jadual berkenaan pendengaran kes yang melibatkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dipaparkan menerusi sistem e-filling kehakiman. efilling.kehakiman,gov.my, 13 Mac, 2015.Jadual berkenaan pendengaran kes yang melibatkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dipaparkan menerusi sistem e-filling kehakiman. – Gambar efilling.kehakiman,gov.my, 13 Mac, 2015.Sumber berkata Shafee berkemungkinan akan memohon injunksi ex-parte.

Dalam permohonannya, Shafee menamakan peguam Perlembagaan Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri VC George, yang mencadangkan serta menyokong usul masing-masing, Majlis Peguam Malaysia dan presidennya Christopher Leong sebagai responden.

Kes itu disenaraikan didengar hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad.

The Malaysian Insider cuba menghubungi Shafee untuk mendapatkan pengesahan. – 13 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.