Peguam Umno Bakal Dilondehkan.. Majlis Peguam yang dipilih hari ini sedang mengkaji kemungkinan merujuk peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kepada
lembaga disiplin peguambela dan peguamcara kerana salahlaku selepas
mendapatkan sabitan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kami sudah melantik peguam dan berpandukan penasihat untuk mengetepikan
injunksi itu," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pertama
majlis itu di Kuala Lumpur hari ini.
"Bebas daripada itu, kami sedang melihat kemungkinan merujuk Shafee
kepada lembaga tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Akta Profesion Undang-undang."
Steven melahirkan kekecewaan terhadap Shafee kerana memfailkan injunksi
itu daripada hadir pada AGM hari ini dan membahaskan perkara itu.
Peguam Umno Bakal Dilondehkan..
"Kami kecewa. Shafee bersedia membahaskan perkara itu di khalayak ramai. Beliau berucap di forum dan dalam televisyen.
"Kami kecewa kerana dia tidak datang hari ini untuk membahaskan perkara itu dengan rakan-rakannya di Majlis Peguam," katanya.
Shafee semalam memperoleh injunksi menghalang AGM tersebut daripada
membincangkan kelakuan dan penyertaannya dalam jelajah negara untuk
bercakap tentang kesalahan liwat Anwar.
Usul untuk membincangkan kelakuannya itu dicadangkan peguam Tommy Thomas dan disokong bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri VC George .
Steven juga memuji peguam yang membuat cadangan dan menyokong usul
mengecam bekas presiden Christopher Leong yang didakwa mengeluarkan
kata-kata menghina terhadap badan kehakiman selepas keputusan mahkamah
Anwar.
"Peguam-peguam itu memfailkan usul, mereka datang dan membahaskan
perkara itu, walaupun mereka akhirnya tewas," katanya ketika ditanya
jika Shafee sepatutnya mengambil peluang membahaskan usul mengenai
kelakuannya dalam AGM itu.
Leong, yang mempengerusikan prosiding terdahulu hari ini, membenarkan
ahli yang menyokong dan menentang usul itu membahaskannya selama 2 jam,
walaupun beliau merupakan subjek pertikaiannya.
Dalam perintah injunksinya, Shafee menamakan Thomas dan George, serta Majlis Peguam dan Leong sebagai responden.
Peguam Umno Bakal Dilondehkan..
Thomas dan George menggesa Majlis Peguam mengecam Shafee, yang dilantik
sebagai timbalan pendakwa raya mengetuai pasukan pendakwaan dalam
perbicaraan kes liwat Anwar pada peringkat rayuan dan Mahkamah
Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari mendapati Anwar bersalah meliwat
bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan juga mengekalkan
hukuman 5 tahun penjara dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelumnya.
Berikutan keputusan mahkamah itu, Shafee memulakan siri jelajah yang dianjurkan Barisan Nasional bagi menjelaskan keputusan itu kepada orang ramai.
Dalam 2 sesi jelajah yang dihadirinya dan ketika temu bual dengan media
arus perdana, Shafee dikatakan terus memburukkan dan mengutuk Anwar dan
pasukan pertahanannya, walaupun ketua pembangkang itu kini di penjara
dan tidak dapat menjawab sebarang tuduhan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.