Patutlah Andreas Lubitz Sengaja Hempaskan Pesawat Germanwings.. Ini Puncanya.?Juruterbang
Germanwings, yang disyaki sengaja menghempaskan pesawat itu Selasa
lalu, pernah menerima rawatan tekanan jiwa bagi kes kemurungan teruk
enam tahun lalu, lapor akhbar Jerman.
Andreas Lubitz, pembantu juruterbang berusia 27
tahun, yang bersendirian di kokpit pesawat Airbus A320 menghalang
juruterbang daripada masuk sewaktu menjunamkan pesawat itu sebelum
terhempas di pergunungan Alps di selatan Perancis.
Akhbar Bild, yang dipetik agensi berita Reuters hari ini, melaporkan Lubitz menjalani rawatan psikiatri selama setahun setengah.
Police have made a 'significant discovery' at the home of Andrew Lubitz #Germanwings http://t.co/u8rSwlkuncpic.twitter.com/khHRpuCWj3— The Independent (@Independent) March 27, 2015
Patutlah Andreas Lubitz Sengaja Hempaskan Pesawat Germanwings.. Ini Puncanya?
Dokumen-dokumen itu tentang rawatan itu akan diserahkan kepada penyiasat Perancis selepas disemak pihak berkuasa Jerman.
Lubitz dilaporkan secara manual memulakan prosedur terbang menurun dan
tidak memberi respons ketika juruterbang dan krew merempuh pintu yang
dikunci sehingga pesawat penerbangan 4U9525 Germanwings itu terhempas.
Penemuan itu diumumkan semalam oleh oleh penyiasat Perancis. Insiden itu
mengorbankan 150 orang, termasuk dua bayi dan enam anak kapal, ketika
pesawat menuju Dusseldorf, Jerman dari Barcelona, Sepanyol.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.