Followers

Saturday, March 7, 2015

PAS tidak arah ahli sertai himpunan #KitaLawan nanti Petang



Tiada arahan yang dikeluarkan PAS kepada ahli parti dan penyokongnya supaya menyertai Himpunan #KitaLawan.

Tiada arahan yang dikeluarkan PAS kepada ahli parti dan penyokongnya supaya menyertai Himpunan #KitaLawan.

Tiada arahan yang dikeluarkan PAS kepada ahli parti dan penyokongnya supaya menyertai Himpunan #KitaLawan anjuran Gabungan Anak Muda Malaysia yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan pusat membeli belah Sogo di ibu kota, menurut laporan portal Suara TV.

Ia disahkan setiausaha akhbar kepada presiden PAS, Ahmad Shamsuri Muhktar yang berkata, setakat ini tidak ada kenyataan akhbar dikeluarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan himpunan tersebut.

"Sehingga kini tiada kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Presiden.

“Presiden akan mengeluarkan kenyataan mengenainya sebentar lagi,” beliau dipetik berkata portal tersebut.

Penafian itu susulan tersebarnya kenyataan media dikatakan dibuat presiden PAS menyatakan sokongan terhadap himpunan yang bertujuan membantah sistem kehakiman negara petang esok.

Dalam kenyataan media yang disahkan palsu itu, ia menyeru kepimpinan dan ahli PAS turun menyertai himpunan solidariti Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bersama PKR dan DAP.

Petikan kenyataan media itu juga menyatakan, PAS sebagai pertubuhan politik bermatlamat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berterusan mendukung kezaliman dan kemungkaran.

Pada 15 Februari lalu, pada satu sidang media himpunan #KitaLawan, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, gerakan itu mengemukakan empat tuntutan termasuk agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dengan segera kerana didakwa terlibat dalam konspirasi politik perbicaraan kes Anwar.

Selain itu, mereka juga sedia menggembleng semangat dan anak muda Malaysia terus berjuang sehingga kerajaan Umno-BN tumbang, serta menuntut reformasi sistem kehakiman negara bagi menjamin kebebasan dan kewibawaan institusi kehakiman.

Manakala resolusi keempat mereka ialah menggesa semua pemimpin Pakatan Rakyat yang berjawatan dan yang mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-13 lalu agar turut menyertai Himpunan Rakyat yang dijadualkan bulan depan.


http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.