Followers

Monday, March 2, 2015

PAS tak sabar nak asak PM di mahkamah

 
PAS bersedia terhadap kemungkinan akhbarnya Harakah disaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan tulisan berkaitan 1Malaysia Development Fund (1MDB).

“Bagi pihak kita, kita sedia terima saman itu dan berhadapan dengan PM di mahkamah,” kata peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin.

Najib Razak mengancam menyaman susulan tulisan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub yang mengaitkan 1MDB dengan anak tirinya, Riza Aziz.

Khamis lalu, Najib menerusi peguamnya mengemukakan notis tuntutan kepada Rosli (kanan) supaya memohon maaf, menarik balik dan membayar ganti rugi.

Dalam sidang media di pejabat agung PAS di ibu negara, Hanipa melihat saman itu sebagai “kesempatan” untuk menyoal Najib dalam mahkamah.

Anggota parlimen Sepang itu juga berkata beliau selama ini tidak berpeluang untuk bertanya soalan kepada Najib dalam sidang parlimen.

“Jadi apabila PM bersedia untuk pergi ke mahkamah, kita syukran jazilan, terima kasih banyaklah,” katanya.

Hanipa berkata, sepanjang sejarah Malaysia, ini adalah kali pertama seorang ketua negara mengancam untuk menyaman rakyatnya.

Saman juga akbar asing

Menurutnya, perkara itu tidak pernah berlaku di era Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi sebelum ini.

“Seteruk-seteruk Mahathir pun dia tak saman dan selemah-lemah Pak Lah (Abdullah) dia juga tak saman,” katanya.

Hanipa (kanan) berkata menghormati hak Najib  untuk menyaman dan menganggapnya sebagai perkara biasa.

Beliau bagaimanapun mempersoalkan kenapa tindakan sama tidak diambil terhadap akhbar lain, termasuk media luar negara seperti The New York Times, The Sunday Times dan Sarawak Report.

“New York Times tulis artikel (sama) kenapa tak saman?

“Akhbar Perancis tahun 2009 yang menuduh beliau terlibat dengan (kes) Altantuya (Shaariibuu). kenapa tak saman sampai sekarang? Itu lagi melibatkan isu besar.

“Kalau dia buat kenyataan untuk menyaman demi menjaga nama beliau dan keluarga, kalau betul beliau nak jaga nama, beliau harus jaga nama beliau sebagai perdana menteri.

“Beliau mesti bersihkan nama beliau di peringkat antarabangsa,” katanya. 
 
 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.