Followers

Saturday, March 7, 2015

'Orang gila' main isu 1MDB jadi kotor

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan, membidas siri serangan berterusan Pakatan Rakyat terhadap urus niaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"1MDB kini bukan lagi berkisar sekitar ketelusan dan kebertanggungjawaban.

"Ia sekarang menjadi politik kotor dengan sabotaj perniagaan yang disengajakan untuk memperkecilkan 1MDB," kata Rahman akaunnya di Twitter.

Menteri perumahan itu mendakwa pengkritik 1MDB sebagai "mentally deranged people" atau orang tidak siuman.

"Wow! AmBank, Cayman Island, PetroSaudi, Ananda (Krishnan) dan kini Bank Negara. Nanti, dia akan kata matahari berputar di sekelilingnya!"

Walaupun tidak merujuk secara langsung kepada Pakatan Rakyat, Rahman dipercayai merujuk kenyataan pemimpin PKR Rafizi Ramli dan pemimpin DAP Tony Pua.

Setiausaha agung PKR sebelumnya mendakwa wujud campur tangan dalam Bank Negara berhubung pinjaman bank kepada syarikat pelaburan nasional itu, yang kini dilanda kontroversi susulan hutangnya sejumlah RM42 bilion.

Tanpa penjelasan lanjut, Rahman mendakwa "tuduhan-tuduhan liar" terhadap 1MDB bertujuan menghalang organisasi itu mendapatkan dana melalui penyenaraian di bursa saham.

"Bertanyakan soalan-soalan sukar boleh diterima dan dialu-alukan. Namun semua tuduhan liar ini menuju kepada satu arah, untuk menghalang penyenaraian 1MDB," kata menteri perumahan dan kerajaan tempatan.



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.