Followers

Monday, March 2, 2015

Nik Abduh Ditanya Siapa Barua Itu?

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan siapakah golongan barua yang dimaksudkan oleh ahli jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dalam parti itu.
“Tanya (Nik) Abduh-lah, sebab dia yang cakap. Kalau dia kata ada barua dalam PAS, dia kena buktikan.

“Setahu saya tidak ada barua dalam PAS. Saya pun nak tahu (siapa). Kita sama-sama nak tahu,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Kata Hanipa lagi, apa yang berlaku dalam PAS hanya perbezaan pendapat seperti lazimnya dalam mana-mana parti politik pun.

Sebelum ini, Nik Abduh mendakwa terdapat "barua” di kalangan ahli PAS yang lebih taat setia kepada Pakatan Rakyat berbanding kepada parti itu sendiri.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.