Followers

Tuesday, March 31, 2015

Mualaf Shafee dapat injunksi baru

 
 

 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendapat injunksi bagi menghalang Majlis Peguam membincangkan dakwaan salah lakunya semasa berceramah mengenai kes Liwat II.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membenarkan injuksi baru itu bagi menggantikan injuksi ex-parte yang berakhir pada 3 April.

Injunksi baru ini akan diteruskan sehingga saman oleh peguam yang dikaitkan dengan Umno itu dilupuskan.

Hakim Asmabi membenarkan injunksi itu di dalam kamar walau mendapat bantahan daripada peguam Majlis Peguam, Lambert Rasa-Ratnam dan peguam mewakili Tommy Thomas dan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri VC George.

Perkembangan baru ini didedahkan oleh peguam Shafee, Kamarul Hisham Kamaruddin dan juga Datuk S Ambiga yang mewakili Thomas.

Kamarul Hisham memberitahu wartawan bahawa perkara itu kekal sehingga saman tersebut dilupuskan. George diwakili oleh Porres Royan.

Hakim Asmabi juga menetapkan tarikh 13 Mei untuk pendengaran injunksi inter-parte dan juga permohonan Majlis Peguam untuk mengenepikan injunksi ex-parte Shafee.

Mahkamah juga menetapkan tarikh 14 April untuk pengurusan kes.

Shafee berjaya mendapat injunksi ex-parte itu sehari sebelum mesyuarat agung Majlis Peguam, pada 13 Mac.

Ia bagi menyekat satu usul oleh Thomas, yang disokong oleh George, daripada dibincangkan di AGM tersebut.

Thomas dan George memfailkan usul agar Shafee dibawa ke lembaga disiplin Majlis Peguam.

Tindakan itu bagi membincangkan mengenai siri ceramah yang dijalankannya mengenai sabitan kes Anwar.

Shafee mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes Liwat II itu.

Majlis peguam juga membangkitkan mengenai tindakan Shafee mengadakan sidang akhbar untuk mengkritik Anwar, sedangkan bekas timbalan perdana menteri itu tidak dapat menjawab kerana dalam tahanan.

Tindakan Shafee itu didakwa melanggar Peraturan Rules 5(a), 31, 32, 33 dan 49  Peraturan (Amalan dan Etika) Profesion Guaman 1978.



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.