Followers

Tuesday, March 24, 2015

Masih Ada Sinar Buat Pakatan Rakyat.. Ini Buktinya - Addin

 
Masih Ada Sinar Buat Pakatan Rakyat. Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu diberi ruang dan peluang menjelaskan isu hudud yang membelakangkan dasar bersama Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, kesemua pimpinan tertinggi PR perlu bersikap adil dan berbincang terlebih dahulu tanpa menghakimi sesuatu tindakan.

"Bincanglah... kekuatan PR senantiasa berdasarkan perbincangan dan muafakat.

"Kita kena adil kepada Hadi dan membenarkan beliau memberikan penjelasan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hijrah Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Azmin berkata demikian mengulas keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memutus hubungan dengan Hadi kerana tindakannya dalam isu hudud.

Semalam, DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bertindak memutus hubungan dengan Hadi kerana mahu melaksanakan hudud.

Dalam kenyataannya hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memutuskan kerjasama dengan Hadi kerana sudah tidak percaya dan yakin terhadapnya sambil menyifatkan Hadi tidak jujur dan bermaruah.

Masih Ada Sinar Buat Pakatan Rakyat

Lim berkata, DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR membincangkan nasib PR pada masa depan.

Pada masa sama, Azmin berkata perbincangan akan dibuat pada mesyuarat Majlis Presiden PR dalam masa terdekat ini dan berharap Hadi hadir menjelaskan tindakannya.

Bagaimanapun, katanya, masih belum ada sebarang penetapan tarikh bagi mesyuarat pimpinan PR itu memandangkan DAP baru mengadakan mesyuarat CEC semalam.

Azmin juga percaya sebahagian besar pimpinan PAS menolak perpecahan dan mahu PR diperteguhkan.

"Kita tidak mahu adanya salah faham, boleh timbulkan ketegangan dan keretakan dalam PR," katanya.

Beliau juga menafikan wujudnya perpecahan dalam PR kerana isu yang dihadapi boleh diselesaikan menerusi perbincangan dan pertemuan bersama.

Meskipun menerima tentangan hebat rakan sekutunya, kerajaan Kelantan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dan diluluskan Dewan Undangan Negeri Khamis lalu.

Susulan itu, Hadi menghantar notis memohon membentangkan rang undang-undang persendirian hudud Kelantan di Parlimen.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.